Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 15 May 2010

Tafsir Surah Al-Muzzammil


يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا (2) نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلا (4) إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا (5) إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلا (6) إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلا (7) وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلا (8) رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا (9

Surah al-Muzammil diturunkan selepas surah al-Mudassir, iaitu bermulanya kerasulan nabi Muhammad s.a.w . Dalam surah ini terdapat pelbagai perkara yang berkait rapat dengan dakwah dan para pendakwah.

Perintah Qiamullail kepada Nabi Muhammad

قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا (2) نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآَنَ تَرْتِيلا (4

Mendirikan malam dengan solat dan membaca al-Qur’an adalah perkara sunat tetapi ia merupakan satu keperluan kepada para daie kerana mereka sedang memikul tanggungjawab untuk membawa manusia kembali kepada Allah. Tanggungjawab ini tidak mungkin dipikul melainkan seseorang itu mempunyai kekuatan rohani yang teguh, iman yang tulen dan sentiasa berhubung dengan Allah. Semua syarat ini dapat direalisasikan dengan mengasingkan diri dan bermunajat kepada Allah.


Hubungan dengan Allah

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلا (8

Antara amalan yang dapat merapatkan hubungan dengan Allah ialah sentiasa mengingati Allah dengan berzikir siang dan malam. Bertasbih, bertahmid, bertahlil, solat dan membaca Al-quran termasuk dalam zikir. Amalan berzikir yang berterusan dalam diri daei untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Tawakkal kepada Allah

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا (9

“Dialah Tuhan Yang Menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia penjaga Yang menyempurnakan urusanmu.”
Hendaklah bagi para daei mempunyai sifat tawakkal kepada Allah, dan bergantung kepada Allah dalam setiap urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan dakwah . Allah telah menyuruh Rasul-Nya agar bertawakkal ke atas-Nya begitu juga dengan umat baginda.
Sebagaimana Allah sahaja yang layak disembah, begitu juga Allah sahaja yang layak dijadikan tempat bertawakkal.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa dan cukuplah Allah menjadi tempat bertawakkal . seperti firman Allah ta’ala :

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ

“Tidakkah Allah itu sudah memadai bagi hamba-Nya?”
Dan bagi seorang daie haruslah mengetahui tahap tawakkal mereka kepada Allah adalah setinggi mana mereka mementingkan dan menjaga urusan dakwah.


- IBNU IBRAHIM

No comments:

Post a Comment