Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 15 May 2010

Hadith Jibril

عن عمر رضي الله تعالى عنه أيضا قال : بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذيه وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام

Para sahabah y sentiasa mengambil berat dalam duduk bersama Nabi r untuk mendapatkan ilmu. Dalam hadith ini Umar t berkata,

بينما نحن جلوس عند رسول الله

“Sedang kami duduk-duduk bersama Rasulullah r”

Manakala sesiapa dalam kalangan mereka yang bekerja dalam Madinah pula akan menjadikan hari bekerja dan hari duduk bersama Nabi r berselang-seli. Umar t yang meriwayatkan hadith ini pula akan bergilir-gilir dengan seorang sahabat yang lain. Mereka akan saling bertukar giliran supaya tidak terlepas satu pun ilmu daripada Nabi r.

Sedang mereka bersama Nabi, tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenali, memakai jubah yang sangat putih, dengan rambut yang sangat hitam, tetapi tidak mempunyai kesan debu pmusafir pun.

شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر

Para sahabah tertanya-tanya siapakah dia? Dialah Jibril u.
Bagaikan seorang penuntut ilmu yang sebenar, Jibril u duduk berhadapan dengan Nabi r, sama-sama di atas lantai. Jibril u merapatkan lututnya ke lutut Nabi r, dan meletakkan tangan di atas pehanya sendiri, sebagai adab seorang penuntut ilmu bersama guru.

Hadith panjang dan terkenal ini menceritakan tentang asas-asas Islam. Bahagian pertama hadith ini menceritakan tentang Islam. Seterusnya Iman dan Ihsan. Akhirnya hadith ini menceritakan tentang Kiamat dan tanda-tandanya.

Para ulama’ banyak mengeluarkan faedah daripada hadith ini, samada tersurat atau tersirat. Antara faedah semasa yang menarik untuk dikeluarkan hukumnya ialah keharusan hukum lakonan untuk memberi tunjuk ajar dan pengajaran.

Jibril u bertanya,

أخبرني عن الإسلام

Seorang nabi yang dikurniakan mukjizat جوامع الكلام meringkaskan maksud dalam perkataan yang mudah, menjawab soalan dengan asas Islam sahaja, begitulah seharusnya, memulakan dakwah dengan menceritakan perkara pokok, dan meringkaskannya agar mad’u tidak bosan dengan dakwah.

Namun begitu hari ini malangnya, kita – saya dan anda – suka memulakan dakwah dengan bukan usul Islam, menakutkan mad’u dengan jihad, menjauhkan si wanita bukan Islam dengan pakaian berkelubung hitam, dan lain-lain. Sungguh berbeza dengan Nabi r.

- ABU ABDILLAH

No comments:

Post a Comment