Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Thursday, 27 May 2010

Isu Semasa


Isu semasa kali ini ingin mengajak anda berfikir dan mencari jalan penyelesaian dalam tajuk kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi khususnya di Malaysia sekarang ini.

Allah ‘azza wa jal telah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 32,

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan suatu alasan yang benar.”

Seperti ayat di atas kesemuanya telah menjelaskan bahawa betapa besarnya hukum membunuh dan mulianya manusia di sisi Allah ‘azza wa jal.

Jika kita perincikan dengan lebih mendalam, menurut statistik tahun 2009, laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyatakan terdapat 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan tanpa catatan nama bapa.

Semua pihak cuba untuk mencari, apakah punca masalah ini? Sebagai daei dan muslim kita sebenarnya tahu akar semua dosa adalah tiada ketaqwaan kepada Allah ‘azza wa jal atau jahil dalam agama. Undang-undang sedia ada buatan manusia, tidak mampu untuk mencegah kemungkaran. Kerajaan pula kurang bersungguh dalam mengatasi punca masalah ini.

Selain itu, sistem pelajaran di tanah air tercinta ini kurang mementingkan pendidikan kerohanian. Pergaulan bebas pula dibiasakan sedari usia persekolahan lagi, mendekatkan kepada zina. Ibu bapa pula kurang mengambil berat mengenai hal ini.

Kemajuan yang ada hari ini banyak kebaikan dan keburukannya. Antara keburukannya ialah kebebasan maklumat samada yang berfaedah atau tidak. Sifat ingin tahu dan suka keseronakan yang diterapkan melalui pendedahan filem yang tidak bermoral tanpa penapisan yang jujur menjadikan mereka mencari jawapan sendiri daripada internet tanpa sempadan.

Pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengambil keuntungan dengan menganjurkan hiburan melampau yang berleluasa.

Seluruh masalah ini pula diakhiri pula dengan urusan perkahwinan yang disusah-susahkan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, kita haruslah berusaha bersepadu antara masyarakat dan kerajaan. Sistem pendidikan perlu kembali menyeluruh, ke jalan Islam yang sebenar. Ibu bapa dan guru pula perlu saling bekerjasama mentarbiyah generasi muda di samping mengajar penutupan aurat yang sahih.

Namun bagi mereka yang sudah terlanjur, kita tidak seharusnya menyisihkan mereka, sebaliknya memberi peluang untuk mereka bertaubat dan menyediakan pusat perlindungan buat perempuan dan anak tersebut.

Moga ruangan isu semasa kali ini dapat memberi kesedaran dan manfaat buat semua dan marilah kita doakan kesejahteraan semasa masyarakat kita di Malaysia.

No comments:

Post a Comment