Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Thursday, 22 December, 2011

Jahiliyyah:::Mungkar

Memikirkan tugas para du’at dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat, saya teringatkan kata-kata Syed Qutb rahimahUllah dalam menggariskan permulaan dakwah dan tarbiyah, beliau mengingatkan kita, sekiranya kita tidak kenal jahiliyyah, atau kita tidak kenal apa itu ma’aruf, maka kita tidak akan bertindak melawannya. Kerana itulah, Allah menamakan yang baik itu sebagai ma’aruf, yang berasal dari perkataan arab ‘arafa yang bermaksud mengetahui. Ma’aruf pula bermaksud apa yang diketahui umum. Manakala mungkar pula, kata lawannya, tidak diketahui umum.



Kerana ini jugalah Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam menyebutkan dalam hadith akhir zaman, bahawa ma’aruf (yang diketahui umum) itu akan menjadi mungkar (tidak diketahui umum), dan mungkar pula akan menjadi ma’aruf. Dalam hadith yang lain pula Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam menyebutkan Islam akan menjadi asing atau dagang (ghareeb) sepertimana ia bermula.



Menggabungkan kata-kata Syed Qutb rahimahUllah dan kata-kata Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam, sekiranya kita yang berada di akhir zaman ini tidak menyedari bahawa kebanyakan Islam itu sudah menjadi mungkar (tidak diketahui umum), maka kita tidak akan bertindak menyuruh kepada ma’aruf yang hakiki.



Saya berikan bebrapa contoh mungkar yang sudah menjadi ma’aruf tanpa kita sedari. Pertama, semua orang tahu menutup aurat itu satu perkara fardhu. Aurat pula bagi lelaki dari pusat hingga ke lutut, dan bagi perempuan, seluruh anggota kecuali muka dan pergelangan tangan. Semua orang tahu. Seakan-akan ma’aruf bukan?



Namun tanpa kita sedari, apabila ada orang menutup aurat dengan sempurna, baik lelaki mahupun wanita, kita merasa pelik, janggal, dan asing. Ghareeb. Dan apabila ada yang tidak menutup aurat, kita merasa biasa sahaja.



Perempuan memakai tudung tetapi menampakkan lengan atau rambut, biasa sahaja di mata kita. Lelaki memakai seluar tiga suku (bawah lutut), tidak beradab, tidak sopan, kurang ajar, tidak layak dipanggil da’ei!



Biasa jumpa contoh ini? SadaqAllahu wa Rasuluhu sAllahu’alayhiwasallam! Tidak setuju? Tengok contoh kedua.



Poligami suatu perkara diharuskan dalam Islam. Setiap perkara harus (mubah) boleh termasuk dalam hukum yang lima bergantung kepada keadaan. Ma’aruf, bukan? Bahkan sesiapa yang menentangnya, KITA sendiri akan menamakannya liberal, atau Sisters in Islam, orientalis, dan sebagainya.



Namun lihat sekeliling kita. Lihat kita. Adakah di antara kita yang mengamalkan poligami? Para Islami? Da’ei? Orang awam? Apa reaksi kita apabila terdengan seseorang mengamalkan poligami? Kuat nafsu? Apa tindakan kita sekiranya pasangan kita mahu berpoligami? Apa tindakan kita, mahukah aku berpoligami? Tentu jawapannya, mungkar. Ingkar.



Tidak bersetuju dengan contoh-contoh ini? Jawapan saya, sadaqAllahu wa rasuluhu sAllahu’alayhiwasallam.



Ambil contoh terakhir. Apabila kita mendengar satu pasangan berkahwin awal, atau berkahwin sewaktu sekolah! Apa reaksi kita? Ya, kita. SAYA terlebih dahulu. Dah gatal sangat nak kahwin? Budak kecil tahu apa? Ish..ish..ish.. habis masa depan budak tu.. nak bagi makan apa? Bincangkan semula dalam mahkamah!



Namun apabila kita mendengar budak-budak, pelajar sekolah berzina, apa reaksi kita? Tidak lebih daripada, “budak-budak zaman sekarang……………………………………..” dengan hela nafas panjang..



Allah menjadikan badan manusia sedia untuk mengandung dan mendapat zuriat bermula umur baligh lagi. Rupanya Allah tidak tahu, yang dia belum sedia berkahwin sehingga lepas kerja.. Paling kurang pun umur 18 tahun.. Apalah Allah ni..



Astaghfirullah!



Sedangkan apa jua perkara harus (mubah) tidak memerlukan sebab atau alasan untuk mengamalkannya. Tidak perlu. Kenapa awak pakai baju biru? Kenapa awak makan daging? Kenapa awak beli tayar? Kenapa awak beli rim saiz 20? Kenapa awak naik bas? Kenapa awak beli kereta? Kenapa awak berkelah tepi pantai? Kenapa? Kenapa? Kenapa?



Ingat, tujuan saya menimbulkan contoh ini bukanlah untuk fokus pada contoh di atas. Jauh sekali menyatakan bahawa contoh-contoh ini adalah perkara usul, pokok yang perlu dibincangkan. Tujuan saya hanyalah menyedarkan kita, dunia kita ialah akhir zaman. Yang ma’aruf sudah menjadi mungkar. Yang mungkar sudah menjadi ma’aruf. Semua hanya CONTOH SAHAJA.



Tujuan saya hanyalah mengingatkan kita kata-kata Khalifah kedua, Umar radhiAllahu’anhu, “sekiranya kita tidak kenal jahiliyyah, bagaimana kita bertindak menentangnya?” Mengembalikan manusia kepada Islam, bermaksud kita pada mulanya harus sedar keadaan dunia kita sekarang. Barulah TITIK TOLAK, pendorong, atau apa sahaja yang PUSH kita ke arah dakwah dan tarbiyah, menjadi lebih kuat, mantap, dan PADU! Jangan ingat kita dalam comfort zone!



Mulalah berdakwah dan tarbiyah sekarang!


Read more...

Friday, 10 June, 2011

Mata hanya dua, Pandangan pula...?


ANTARA kelebihan sesetengah pendakwah ialah pengalaman. Pengalaman itu datang dari jalan dakwah yang panjang.


Namun begitu terjadi satu masalah. Terlalu lama menjadi pendakwah, terlupa menjadi mad'u.


Ayat yang pelik?


Apabila kita mahu berdakwah kepada kanak-kanak, kita terlupa untuk menjadi kanak-kanak, membaca fikiran kanak-kanak, MELIHAT dari mata kanak-kanak itu. Yalah, sudah LAMA menjadi orang besar: "kau budak-budak apa yang kau tahu"?


Nabi sallAllahu'alayhi wasallam pernah bersembang dengan seorang kanak-kanak mengenai burung peliharaannya, seolah suatu isu penting. Sebenarnya memang satu isu yang penting: Menaikkan harga diri kanak-kanak itu!


Nabi juga meminta izin kanak-kanak dalam haknya.


Siapa kanak-kanak dibandingkan dengan pendakwah yang mendapat direct orders from God?


Umar radhiyAllahu'anhu pernah bermain dengan kanak-kanak sehingga datang seorang mukmin ingin berjumpa khalifah mukminin, lalu dia malu. Umar berkata, "..bersama kanak-kanak, jadilah kanak-kanak.." Tiada yang perlu dimalukan.


al-Baitul Muslim. Atau rumah yang muslim. Rumah yang bersifat muslim dibina atas dasar dakwah. Sungguh mulia. Namun jangan sampai melahirkan anak-anak yang tidak pandai melihat dari mata seorang yang bukan dari al-Baitul Muslim. Dari keluarga fasad yang bertaubat. Keluarga Biasa.


Kita sering mendengar ungkapan, "pendakwah memandang dengan mata yang penuh rahmat, bukan mata meninggi diri." Benar.


Namun kita juga harus - sebelum berdakwah - menjadi mad'u itu dahulu, melihat dari mata dia, agar kita faham apakah penghalang untuk 'kita' menerima dakwah 'kita' yang 'kita' rasakan cukup syarat dan hujah beserta dalil.


Sesetengah kita pakar IT, berdakwah melalui internet, blog, laman sosial Buku Muka, namun jangan lupakan wadah-wadah lain, menurut kajian, peratus rakyat Malaysia yang menggunakan internet tidak sampai separuh!


Telefon tangan juga mudah, e mel masih ada, jangan lupakan yang mudah-mudah ini untuk yang lebih mudah. Lebih mudah, ambil mudah.


Ustaz Hasrizal pernah mengingatkan 'syabab FB' agar tidak hanya cukup mengundang majlis perkahwinan yang Maha Penting itu hanya dengan jeritan di dinding Buku Muka. Tidak cukup dan tidak beradat. Bukan semua orang tengok. Apatah lagi kalau jumlah kawan berpuluh-puluh ribu, status untuk 'Villa Ladang' sahaja ambil masa 3 hari nak baca semua.


Ingatan untuk diriku.

Read more...

Tuesday, 10 May, 2011

Bukti Kebenaran Islam dalam Lautan???

Seorang manusia biasa tidak mampu menyelam dalam air lebih daripada 40 meter tanpa bantuan alatan seperti pakaian khas, kapal selam atau seumpamanya.
Dengan pakaian khas yang paling biasa, mungkin seorang penyelam boleh mencapai 130 meter.

Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai khurafat mengenai laut. Dewa Laut, Tuhan Laut, Penunggu Laut, apa yang terdapat di dalam laut, apa yang terdapat di penghujung laut. Dari tamadun Romawi sehingga tamadun Parsi, termasuk tamadun China, semuanya mempunyai kepercayaan khurafat yang tersendiri, sehingga menyebabkan ada yang takut untuk belayar di lautan.


Kapal selam yang pertama dibina, dan didokumentasikan secara cukup dalam secara adalah selewat 1620-an, lebih kurang 1040 tahun selepas Hijrah Nabi sallAllahu'alayhiwasallam.


Setelah terbinanya alatan khas untuk menyelam jauh ke dalam air, barulah saintis menemui bahawa rupanya dalam laut itu gelap. warna-warna cahaya akan terbias satu demi satu sehingga akhirnya tiada satu pun yang tinggal.


Untuk memahamkan anda dengan lebih lagi, cuba perhatikan gambar rajah ini:




Antara 3 hingga 30 peratus cahaya matahari dibiaskan di permukaan laut. Kemudian, hampir semua 7 warna spektrum cahaya diserap satu demi satu di 200 meter pertama, kecuali cahaya biru. (rujuk: Oceans, oleh Elder dan Pernetta, m/s 27)


Setelah terciptanya semua alatan yang canggih untuk masuk ke dalam laut, dan alatan yang canggih untuk naik ke angkasa, sekali lagi para saintis menemui fenomena lautan, dikenali hari ini sebagai ombak dalaman atau internal waves.


Ombak dalaman terbentuk disebabkan pertembungan ruang kepadatan antara kepadatan-kepadatan yang berbeza. Ombak dalaman ini melitupi air yang dalam di laut dan lautan kerana air dalam mempunyai kepadatan lebih tinggi daripada air yang di atasnya. Ombak dalaman bertindak seperti ombak luaran. Ia juga boleh berpecah, sama seperti ombak luaran.


Ombak dalaman ini tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia, namun ia boleh diketahui dengan mempelajari suhu dan kepadatan suatu tempat tertentu.


Ombak ini juga membentuk gelombang yang besar, boleh dilihat melalui satelit di angkasa.


Terlalu banyak data? Perhatikan gambar ini dahulu:




Yang bawah padat. Yang atas kurang padat. (rujuk: Oceanography, oleh Gross, m/s 204)


Betapa hebatnya penemuan para saintis dan alatan-alatan mereka yang canggih. Memerlukan masa dan tenaga yang banyak sekali.


Hebat lagi Tuhan yang mencipta para saintis itu, bahan-bahan untuk alatan mereka, dan juga lautan itu sendiri!


Allah subhanahuwata'ala telah memberitahu kita 1400 tahun dahulu dengan ungkapan yang mudah:


أو كظلمات في بحر لجي يغشاه موج من فوقه موج من فوقه سحاب ظلمات بعضها فوق بعض إذا أخرج يده لم يكد يراها


"atau seperti kegelapan di laut yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (lagi), di atasnya (barulah) awan; kegelapan yang saling menindih, apabila seseorang mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya."

(an-Nur: 40)


Dua kali Allah menyebutkan ombak, kenapa ya?


Gelap sungguh sehingga tangan sendiri tidak kelihatan.


Persoalan terakhir ialah; bagaimana Muhammad (sallAllahu'alayhiwasallam) mereka-reka al-Qur'an itu????


Kerana itulah Allah menutup ayat ini dengan kata-Nya:


ومن لم يجعل الله له نورا فما له من نور


"dan siapa yang Allah tidak berikannya cahaya (petunjuk) maka tiadalah dia cahaya."

Read more...