Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Thursday, 27 May 2010

Hadith: Rukun Islam


Dalam keluaran yang lepas kita sudah menceritakan pendahuluan hadith Jibril. Kali ini mari kita lihat sambungan hadith yang menceritakan tentang Rukun Islam.

أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله

Mulanya kita harus bersaksi bahawa tiada Tuhan sembahan melainkan Allah, dan Muhammad ‘azza wa jal itu utusan Allah.

Bersaksi (شهادة) bukan sahaja mengucapkan dengan lidah, akan tetapi mengaku dari dalam pelusuk jantung hati, bahawa tiada langsung sebarang sembahan kecuali Allah. Manakala Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam ialah dan hanyalah seorang utusan daripada Allah, menyampaikan khabar dari langit kepada kita.

Sembahan (إله) boleh jadi sebarang benda. Mereka yang hidup untuk mendapatkan harta-benda, sebenarnya dia telah menjadikan harta-benda sebagai sembahan! Mereka yang menjadikan sukan sebagai keutamaan hidup, sebenarnya telah menjadikan sukan sebagai sembahan! Allah ‘azza wa jal bertanya dalam al-Qur’an,

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

“Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai sembahannya, adakah kamu menjadi pelindung ia?” (Al-Furqan : 43)

Tidak diterima Iman seseorang itu sehingga dia mengakui kedua persaksian ini.

Yahudi yang menyembah Allah.

Nasrani yang menyembah Allah.

Quraisy yang mempercayai Allah.

Tidak diterima sehingga mereka mengakui juga kerasulan Nabi Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam.

وتقيم الصلاة

Perkataan ‘solat’ dalam al-Qur’an sentiasa digunakan dengan perbuatan ‘mendirikan’. Bukan hanya bersolat, tetapi mendirikan solat. Solat fardhu 5 waktu sehari semalam pula antara tiang utama Islam bahkan Imam Ahmad rh menyatakan siapa yang meninggalkannya secara ingkar atas malas, telah menjadi kufur! Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam mengingatkan kita,

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

“Perjanjian antara kita dan orang kafir ialah solat. Maka siapa yang meninggalkannya, maka dia telah kafir!”

(Sahih riwayat Ahmad, at-Turmuzi, an-Nasaei, dan Ibnu Majah)

Namun begitu imam-imam selain Imam Ahmad hanya mengatakan orang yang ingkar sahaja yang dimaksudkan sebagai kafir.

وتؤتي الزكاة

Zakat dalam al-Qur’an disebut sebanyak 83 kali bergandingan dengan solat menunjukkan kepentingan zakat selari dengan solat. Hal ini menjadikan jawapan Abu Bakar radhiAllahu ‘anhu ketika ditanya oleh Umar radhiAllahu ‘anhu kenapa dia memerangi orang yang tidak membayar zakat sedangkan mereka muslim lagi bersolat?

Abu Bakar radhiAllahu ‘anhu berkata,

“Akan kuperangi orang yang memisahkan solat dengan zakat!”
Bahkan Allah ‘azza wa jal menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang kedekut tidak mahu mengeluarkan zakat dengan kata-Nya:

يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لانْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

“Pada hari yang dipanaskan (emas dan perak itu) dalam neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka, sisi mereka, dan belakang mereka, (lalu dikatakan), “inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri, maka rasakan apa yang kamu telah simpan!”(At-Taubah : 35)

Zakat juga menjadi sistem ekonomi negara Islam. Sarjana Barat hari ini mulai mengagumi sistem ekonomi Islam yang stabil dan kekal, tanpa perlu menindas mana-mana pihak. Sistem zakat juga mengikat jantung hati umat Islam antara satu sama lain, si kaya dan si miskin, sebagai jasad yang satu.

No comments:

Post a Comment