Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 31 December 2010

Dakwah dan Kemenangan


Oleh-nuhzul

Sudah menjadi sunnatullah kemenangan suatu usaha dakwah perlu diatas usaha dan sebab para pendokongnya selagi mana orang yang memenangkan Kalimah Allah wujud di dunia ini. Usaha gigih para pendakwah dengan izin dan pertolongan Allah menjadi sebab kepada tercapainya misi dan visi dakwah.


Seperti mana usaha dakwah Nabi Muhammad sendiri. Andai kata dakwah ini tidak memerlukan kepada usaha orang-orang beriman dalam menjadi sebab kepada tertegak kalimah Allah di dunia ini, sudah tentu Nabi Muhammad hanya duduk di rumah sahaja sambil menunggu kemenangan muncul. Tiada akan sebarang ancaman yang di hadapi oleh Nabi Muhammad dan para sahabat kerana kesemua ancaman tersebut telah dihapuskan oleh Allah. Malah, Islam terus tertegak sebagai ustaziatul alam, tanpa melalui fasa-fasa pembukaan yang memakan berpulahan tahun.



Namun, tersebarnya Islam dipelusuk dunia hari ini, dikecapi hasil usaha yang gigih dan sabar para pendokong agama-Nya. Tertegaknya Daulah Islamiah adalah berdasarkan penat jerih Rasulullah dan para Sahabatnya menyebarkan Islam di Mekah dan kawasan sekitarnya. Maka, menjadi suatu kaedah bahawa tertegaknya kalimah Allah di dunia ini perlu disebabkan atas usaha para pendokongnya sendiri. Kecuali, apabila di dunia ini tiada seorang pun yang wujud untuk mempertahankan agama Allah seperti mana berlaku ketika Abrahah ingin menyerang Ka'abah. Ketika itu, Allah dengan kekuasaan-Nya menghantar tentera-tenteraNya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.


Seperti mana ketika Abdul Mutalib telah berkata kepada Abrahah semasa meminta balik haiwan ternakannya yang telah dirampas oleh tentera Abrahah : "Wahai Abrahah, aku ini adalah tuan kepada unta ini. Aku yang menjaganya. Kalau Kaabah, pasti ada tuannya yang menjaganya.". Manakalah, orang-orang Arab hanya mampu menyorok ketakutan dan tidak berani bangun untuk menentang tentera Abrahah. Akhirnya, seperti yang diceritakan dalam surah Al-Fiil, bantuan Allah datang menghancurkan tentera Abrahah dalam bentuk burung yang membawa batu-batu kecil.


Wahai sahabat-sahabat sekalian, sedarlah bahawa dakwah kita bukan diganjar atas hasil dari apa yang kita dakwahkan, tetapi adalah dari usaha yang kita salurkan kepada jalan dakwah ini. Kemenangan tidak semestinya dapat dinikmati oleh para pendokongnya ketika hidupnya. Malah, kemenangan memerlukan pengorbanan para pendokong-pendokong dakwah walaupun pengorbanan itu perlu dibayar dengan nyawa. Seperti mana ia berlaku pada ghulam yang diceritakan dalam surah Al-Buruj. Kematian ghulam tersebut menyebabkan seluruh orang yang memerhatikan peristiwa tersebut terus tunduk dan beriman kepada Allah.


Orang Mukmin yang sebenar-benarnya hanya mengharapkan dua jenis kemenangan iaitu antara syahid di jalan Allah atau kejayaan menegakkan kalimah Allah.


قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَنْ يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُمْ مُتَرَبِّصُونَ (52

“Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada Yang kamu tunggu-tunggu untuk Kami melainkan salah satu dari dua Kebaikan (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan Kami menunggu-nunggu pula untuk kamu Bahawa Allah akan menimpakan kamu Dengan azab dari sisiNya, atau Dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, Sesungguhnya Kami juga menunggu bersama-sama kamu".”

(At-Taubah:52)


Oleh itu, jalan dakwah ini hanya disusuri oleh orang yang tidak pandai mencipta alasan-

alasan sahaja. Jika kita suka mencipta dalih dan hanya mengharapkan jalan dakwah yang tiada onak dan ranjau, maka tunggulah janji Allah untuk digantikan dengan orang yang lebih layak.


قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (24

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”

(At-Taubah:24)


Moga Allah menetapkan kita pada jalan dakwah kerana kita tidak tahu sama ketika kita mati nanti, adakah kita masih istiqomah pada jalan ini atau kita tergolong dalam golongan yang sudah berputus asa dengan cabaran-cabaran yang tidak putus-putus. Wallahua’lam.l

No comments:

Post a Comment