Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 25 December 2010

As-Syahid Syed Qutb ( 1906 -1966 )


oleh: Abu Malik


Beliau adalah Syed bin Qutb bin Ibrahim, dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung di wilayah As-Yut, Mesir. Berasal dari keluarga yang patuh beragama. Hafaz Quran ketika berumur 10 tahun. Minat membaca sejak kecil.


Pendidikan awalnya di kampung, dan pada tahun 1920,beliau melanjutkan pelajarannya pada peringkat menengah di Kaherah. Di peringkat universiti, beliau meneruskan pengajiannya di Darul Ulum pada tahun 1929. Setelah tamat pengajian di sana, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan akhirnya dipindahkan ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran.


Dihantar ke Amerika tahun 1948 untuk mempelajari sistem pengajian dan pembelajaran di sana selama 2 tahun. Dalam tempoh itu, beliau menyedari kehebatan Asy-Syahid Hasan Al-Banna kerana penduduk Amerika bergembira di atas kematian tokoh itu.


Sejak itu, beliau mula mendekati Ikhwan Muslimin dan menyertainya pada tahun 1951.“Aku telah dilahirkan semula pada 1951” katanya kerana satu tarikh yang amat bermakna baginya iaitu tarikh beliau menyertai Ikhwan.


Bergiat aktif dalam penulisan di akhbar-akhbar dan majalah sehingga diberi kepercayaan mempimpin majalah IKHWAN MUSLIMIN, majalah rasmi pergerakan itu. Antara buku karangan beliau yang terkenal : Tafsir fi Zilal Al-Quran, Petunjuk sepanjang jalan, Inilah Islam dan banyak lagi.


Atas tuduhan berkomplot membunuh Presiden Jamal Abdul Nasir, beliau dipenjarakan selama 15 tahun pada tahun 1954 bersama ribuan anggota Jama’ah itu. Tetapi beliau dibebaskan pada tahun 1964, dengan campurtangan Presiden Abdul Salam Arif dari Iraq.


Pada 1965, beliau dipenjarakan semula dan dibicarakan di Mahkamah Khas Tentera, lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama dua orang rakan seperjuangannya, Yusuf Hawasy dan Abdul Fattah Ismail. Tanggal 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb mengembuskan nafas syahidnya di tali gantung.


Kata-katanya yang tegas, menjawab tawaran dan pujukan oleh Presiden supaya kembali tunduk kepada mereka :


“ Jari telunjukku yang bersaksi akan keesaan Allah di dalam solat, enggan menulis satu perkataan, mengakui (membenarkan)pemerintah yang zalim. “


Pengajaran : Mata pena lebih tajam daripada mata pedang dan siapa yang berkemampuan untuk menulis, maka sahutlah cabaran ini kerana kesannya lebih besar dan kekal. Wallahu ‘alam.

No comments:

Post a Comment