Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Monday, 27 July 2009

همك على قدر ما أهمك ((Kesibukan-mu terletak pada apa yang engkau agendakan))


Satu ungkapan atau satu pepatah Arab yang tidak boleh dipandang biasa, memang ia merupakan satu ungkapan yang pendek, tetapi ia merupakan satu ungkapan yang memberi satu makna atau satu alamat yang menceritakan tentang segala pergerakan(harakah) yang beredar disekitar kehidupan manusia …

همك على قدر ما أهمك

Kita semua pernah berasa begitu sibuk, tiada masa, banyak kerja, (masygul) dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga akan sentiasa sibuk untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi, dalam konteks seorang plajar pula dia akan sibuk untuk mendapatkan kecemerlangan atau lulus dalam peperiksaan dan memang semua manusia akan sentisa disibukkan dengan pelbagai agenda dalam kehidupannya. Disini dapat dilihat dalam segala pergerakan manusia dari segi fizikal (tubuh badan) & mental (pemikiran) akan bergerak atau sibuk mengikut kepada apa yang telah diagendakan atau dirancangnya. Masalahnya ialah, perkara apakah yang kita sibukkan? Adakah perkara yang kita sibukkan itu merupakan satu yang penting dalam kehidupan kita?.... Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis kesibukan dalam kehiupan manusia, ada yang begitu sibuk atau ghairah dengan PC Game, PS2,video game, menghantar SMS yang tidak berfaedah, mengulangkaji pelajaran, dan lain-lain.

Firman Allah :


والعصر * إن الإنسان لفي خسر * إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر*

(Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran)
(Surah Al-Asr)

Satu kaedah telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam ayat diatas iaitu :
• Manusia yang rugi ialah manusia yang tidak beriman kepada Allah.
• Manusia yang tidak beramal salih. (mengikut syara’).
• Menusia yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. (Amr makruf nahi munkar)

Sebaliknya, manusia yang beruntung ialah manusia yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, beramal salih dengan melakukan sesuatu perkara mengikut tuntutan syara’ serta sentiasa beristiqomah menyeru manusia kepada kebenaran dan kesabaran .

Iman itu satu sistem yang mengumpul berbagai-bagai kegiatan dan amalan dan mengembalikannya kepada satu sistem, di mana kegiatankegiatan itu menjadi selaras, saling bantu membantu dan menuju ke satu jalan dan satu harakat yang mempunyai satu motif dan satu matlamat yang tertentu. Kerana itulah al-Qur'an mensia-siakan nilai segala amalan yang tidak berasal dari punca iman dan tidak terikat kepada paksi iman. Pandangan Islam dalam perkara ini amat jelas. Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Ibrahim

مثل الذين كفروا بربهم أعمالهم كرماد اشتدت به الريح في يوم عاصف لا يقدزون مما كسبوا على شيء ....
18. "Bandingan amalan orang-orang yang kafir terhadap Tuhan mereka sama seperti abu yang ditiup angin pada hari ribut yang kencang. Mereka tidak dapat mengambil faedah sesuatu apa dari amalan-amalan yang mereka usahakan (di dunia)."
(Surah Ibrahim)

Firman-Nya lagi dalam Surah an-Nur:

والذين كفروا أعمالهم كسراب بقيعة يحسبه الظمئان ماء حتي إذا جاءه لم يجده شيئا....
39. "Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah sama seperti bayangan air di padang datar, di sana si dahaga menyangkakannya air, tetapi apabila ia datang ke tempat itu, ia tidak dapati air sedikit pun." (Surah An-Nur)

Ini adalah nas-nas yang sorih yang menunjukkan seluruh amalan itu adalah sia-sia dan tidak berharga selama ia tidak bersandar kepada iman, kerana iman itulah yang membuat amalan itu mempunyai motif yang bersambung dengan Allah dan mempunyai matlamat yang sesuai dengan tujuan wujudnya di 'alam ini. Inilah pandangan 'aqidah Islam yang logik yang mengembalikan segala sesuatu kepada Allah. Sesiapa yang putus hubungan dengan Allah, akan putuslah ia dan akan hilanglah hakikat tujuannya.
Oleh itu bersegeralah melakukan amalan dengan ikhlas hanya kerana Allah semata-mata. Amalan yang dilakukan dengan ikhlas hendaklah bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah di samping mengharapkan penerimaan dan keredhaan dari Allah Taala. Selamat beramal.
-Abu Muslim-

No comments:

Post a Comment