Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 10 July 2009

Kepelbagaian Dakwah Jamaah ( Kajian & Rumusan )

Kehidupan kini yang dipenuhi oleh nuansa-nuansa metarialistik, permainan nafsu yang bertebaran, serta isme-isme dan anasir-anasir Jahiliyyah yang datang menyerang secara ganas dan begitu tersusun menyerang Ummah Islamiyyah . Keadaan yang begitu menggerunkan serta menggoncangkan keimanan seorang Mukmin Al-Haq (Believer) dalam menempuhi kehidupan seharian sebagai seorang muslim . Kepada Ummah Islamiyyah secara umumnya dan kepada Harakah Islamiyyah secara khususnya haruslah menyediakan serta melengkapkan kepada anak-anaknya bekalan dalam menghadapi tribulasi kehidupan yang serba menawan dan mencabar kini. Secara zahirnya , kebanyakan manusia terutamanya ummat Islam hanya mampu melihat dan menonton keadaan mereka yang begitu tragis tanpa melakukan apa-apa dalam mengembalikan dan menegakkan kembali kebangkitan Islam (Sohwah Islamiyyah) serta Ke-Izzahan (Kemulian) ummah.

Dalam keadaan sebegini yang amat merisaukan, disana ada juga kedengaran suara-suara sumbang diantara aktivis-aktivis dakwah sesama mereka .Mereka saling tidak berkesefahaman & bertelingkah diantara mereka. Akibatnya ialah, berlakunya perpecahan diantara mereka , tersebarnya umpatan-umpatan (Ghibah) sesama mereka, banyaknya sangkaan-sangkaan buruk ( Suu’ Dzon ) , berlakunya Tajassus (mengintai serta mencari kesalahan2), terhapusnya Ukhuwwah Islamiyyah , atau Ukhuwwah Imaniyyah , lebih malang lagi akibat daripada keadaan sebegini yang tersebar luas yang menjadi faktor utama keruntuhan dan kelembapan gerakan dakwah secara keseluruhannya.




Dalam keadaan sebegini yang amat merisaukan, disana ada juga kedengaran suara-suara sumbang diantara aktivis-aktivis dakwah sesama mereka .Mereka saling tidak berkesefahaman & bertelingkah diantara mereka. Akibatnya ialah, berlakunya perpecahan diantara mereka , tersebarnya umpatan-umpatan (Ghibah) sesama mereka, banyaknya sangkaan-sangkaan buruk ( Suu’ Dzon ) , berlakunya Tajassus (mengintai serta mencari kesalahan2), terhapusnya Ukhuwwah Islamiyyah , atau Ukhuwwah Imaniyyah , lebih malang lagi akibat daripada keadaan sebegini yang tersebar luas yang menjadi faktor utama keruntuhan dan kelembapan gerakan dakwah secara keseluruhannya.
Hakikatnya , apabila kita melihat kepada medan-medan dakwah kini , akan mendapati disana terzahirnya kepelbagaian dakwah, yang bermaksud kepelbagaian jamaah, persatuan, dan parti-parti politik. Natijahnya ialah lahirnya berbagai-bagai tanggapan dan persepsi terhadap kepelbagaian yang berlaku dikalangan masyarakat secara umum dan dikalangan para aktivis dakwah secara khususnya. Ada dikalangan mereka mengharuskannya , disamping mereka pandai dan bijak dalam berinteraksi dengan kepelbagaian-kepelbagaian dakwah. Ada pula diantara mereka tidak bersetuju dan menentang secara keseluruhannya dengan mengemukakan beberapa pandangan dan pendapat yang tidak dapat diterima oleh keadaan (waqie’) semasa , disamping terzahirnya dihadapan mereka kepelbagaian dakwah telah berlaku. Maka , lahirlah beberapa perbezaan method dan uslub dalam mengkritik dan merawat keadaan ini.
Natijah daripada lahirnya beberapa tanggapan dan pandangan membawa kepada suasana yang buruk serta impak yang negatif pada amal Islami, sepertimana yang telah disebutkan diatas seperti perpecahan-perpecahan , pergaduhan serta timbulnya fitnah-fitnah yang melemahkan dan melembabkan perjalanan dakwah Islamiyyah disamping membuka ruang kepada musuh-musuh Islam merialisasikan perancangan jahat mereka keatas gerakan dakwah Islamiyyah.




Disebabkan oleh suasana-suasana tragis yang berlaku dimedan dakwah kini, maka disana kita melihat berdirinya beberapa aktivis-aktivis bertanya terhadap keharusan kepelbagaian dakwah, bagaimanakah uslub (Method) atau cara berinteraksi dengannya ?, apakah pendirian yang sebenar dalam menghadapinya?, serta bertanya “ siapakah yang benar pendiriannya?” & “ siapakah yang tersalah ?” . Ada juga yang bertanya “ bagaimanakah cara menghindari kesan-kesan negatif ahkibat wujudnya kepelbagaian-kepelbagaian dakwah kini ? …. ….. …… ……. …..
InsyaAllah disini secara ringkas dan padat , pena cuba mengemukakan beberapa pendapat daripada ulama’-ulama’ Fiqh & dakwah terhadap kepelbagaian dakwah atau menurut panggilannya yang masyhur di Malaysia sebagai “Ta’addut Jama’ah” -kepelbagaian jamaah, selebihnya pena memberi pilihan kepada pembaca memilih diantara Pro atau Contranya kerana ia hanya merupakan “pendapat” yang boleh diterima dan ditolak atau yang boleh dibincang, dikaji dan dikritik sepertimana, pendapat-pendapat ijtihadi daripada para Fuqaha’ terhadap hukum-hakam fiqh Islami.
Diantara ulama’ dakwah seperti Al-ustaz Ad-Daie Dr Fathy Yakan , Dr Soleh Fauzan , Syeikh Bakr Abu Zaid dan lain-lain berpendapat bahawa kepelbagaian dakwah atau kepelbagaian jamaah merupakan suasana, atau keadaan yang tidak sihat dimedan dakwah kini disamping menolak dan tidak bersetuju dengannya. Disini beberapa dalil-dalil yang dikemukakan oleh mereka yang terbahagi daripada nas-nas Al-quran (naqli) dan dalil akal (aqli) :

Ayat-ayat yang menerangkan tentang kesatuan Ummah Islamiyyah ,
Firman Allah SWT :
إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون
Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu,dan Aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku.
( Al-Mukminun :52)

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
.Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.
( Al-anbiya’ :92)

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقو ......
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai -berai……..
( Al-Imran : 103)

Dr Fathy Yakan berkata : “ Sesungguhnya tidak syak lagi bahawa asal pada syariah Islamiyyah adalah kesatuan muslimin , kesatuan amal Islami ,dan kesatuan saf-saf muslimin , bukanlah kepelbagaian, dan perpecahan , kesatuan di iktibarkan sebagai kefarduan syariah ……. ( Majalah Al-Mujtama’ Kuwait ) dan beberapa lagi kitab ust Dr Fathy Yakan yang menerangkan tentang kepentingan kesatuan dan menolak kepelbagaian jamaah seperti didalam kitab “ Tasawwur Asasi Gerakan Islam “ – Terjemahan dewan pustaka fajar – dan lain2 . Ada juga beberapa ulama mengatakan bahawa kepelbagaian dakwah dan kepelbagaian jamaah , kesan buruknya lebih banyak daripada baiknya, serta ia membawa kepada perpecahan , perselisihan dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat seperti tidak mengetahui jamaah manakah yang betul dan salah. Ada juga yang berpendapat bahawa kepelbagaian dan banyaknya jamaah merupakan seruan musuh Islam bagi memecah-belahkan ummat Islam.

Kajian serta perbincangan dalil-dalil di atas :

Dalam perbincangan terhadap dalil-dalil diatas pena akan mengemukakan secara terus jawapan-jawapan bagi persoalan penolakan kepelbagaian dakwah dan jamaah daripada ulama-ulama yang menolaknya serta mengemukakan pandangan ulama-ulama yang menyokong beserta dalil-dalil mereka .

Dalil daripada nas-nas Al-quran yang menerangkan tentang kesatuan ummah Islamiyyah serta melarang daripada perselisihan dan perpecahan membawa kepada maksud perselisihan dalam beragama , yaitu perselisihan pada hukum-hukum usul dan dalil-dalil qat’ei seperti akidah,& lain-lain tidak membawa kepada maksud larangan kepelbagaian dakwah dan jamaah serta larangan daripada kepelbagaian uslub dan pendekatan-pendekatan. Sepertimana yang diketahui oleh pembaca , bahawa jamaah-jamaah Islam yang wujud di Malaysia secara khususnya tidak terkeluar akidahnya daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mempunyai objektif yang sama yaitu berdakwah kepada Islam menurut pendekatan serta uslub-uslub (method) tersendiri yang tidak terkeluar daripada syariat Islam.

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون
Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu,dan Aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku.
( Al-Mukminun :52)

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
.Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.
( Al-anbiya’ :92)

Golongan yang menolak kepelbagaian dakwah dan jamaah menggunakan dalil-dalil diatas disamping mereka melupakan dalil-dalil yang menerangkan tentang kepelbagaian .

.... لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا
tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan-aturan dan jalan-jalan yang terang.
(Al-Maidah :48)

Disini, para ulama menerangkan kepada kepentingan menggabungkan diantara nas-nas diatas supaya tidak menimbulkan kekeliruan yang mengatakan nas-nas tersebut bertentangan diantara satu sama-lain .
Secara ringkasnya daripada tafsir Imam Al-Khozin : “ Nas-nas yang menerangkan tentang kesatuan umat Islam membawa kepada maksud kesatuan dari segi usul syariah, perkara-perkara yang thabit Qat’ei yang tidak boleh berselisih pendapat, dan berijtihad padanya …yg secara minimanya menerangkan tentang kesatuan umat Islam secara umumnya, dan setiap perkara yang terkeluar daripada perkara-perkara ini merupakan telah terkeluar daripada Islam, kerana agama Islam itu satu , tidak berbagai …..” ( Tafsir Khozin)

Persoalan : Adakah disana mempunyai perbezaan atau makna yang bertentangan diantara kesatuan dan kepelbagaian dalam Islam ?.......

Jawapan: Kesatuan tidaklah bertentangan dengan kepelbagaian , ini kerana ,kepelbagaian ,bermaksud kepelbagaian dalam lingkungan yang satu (aqidah & tawabit qat’ie) , sepertimana akar pokok, akar yang satu , tetapi mempunyai dahan-dahan, daun-daun serta buah-buah yang berbagai .

Bagi yang mengatakan bahawa kepelbagaian dakwah & jamaah kesan buruknya lebih banyak daripada kesan baiknya merupakan ijtihad dan pendapat bagi tuannya, tidak membawa kepada kata putus. Natijah yang dapat dilihat ialah berapa ramaikah daripada aktivis-aktivis yang tergelincir daripada aktivis-aktivis yang tetap disamping kita melihat banyak kesan-kesan positif daripada kepelbagaian dakwah dan jamaah.

Bagi pendapat yang menolak kepelbagaian dakwah & jamaah kerana membawa kepada kekeliruan pada masyarakat seperti tidak mengetahui jamaah manakah yang betul dan salah adalah satu hukum yang tidak lurus, kerana seorang muslim tidak diminta menghukum terhadap jamaah-jamaah tersebut, dan apa yang menjadi kewajipan baginya ialah berusaha dalam beramal , berdakwah kepada Allah mengikut kemampuannya, serta memilih siapa atau apa-apa jamaah yang diyakininya dari aspek pendekatan atau uslub-uslub untuk tindakan bersama (Jama’ie) .

Bagi pendapat yang mengatakan kepelbagaian dakwah & jamaah merupakan seruan daripada musuh Islam , tidak boleh dijadikan dalil untuk menolak serta melarang kepelbagaian dakwah & jamaah. Ini kerana musuh-musuh Islam bertindak pada titik-titik kelemahan aktivis dalam berinteraksi dengan kepelbagaian dakwah & jamaah dengan menghamburkan racun-racun fitnah , seperti taasub pada jamaah, dan individu , serta menukarkan perselisihan pendapat ( Khilaf) kepada perpecahan .Disamping kita melihat mereka sendiri (musuh-musuh Islam) menjadikan kepelbagaian sebagai usul dan uslub daripada uslub-uslub mereka dalam sistem demokrasi.

Al-Ustaz As-Syeikh Muhammd Qutb mengatakan dalam kitabnya “Al-Muslimun wal U’ulamah” : “ Agama Islam adalah agama Allah, yang mengiktiraf berbagai-bagai pendapat (ikhtilaf) sepertimana keadaan kini, Allah menfardukan pada ciptaan-Nya menurut hikmah yang dikehendaki-Nya :
Firman Allah SWT :


ولو شاء ربك لجعلهم أمة واحدة ، ولا يزالوا مختلفين ، إلا من رحم ربك ، لذلك خلقهم .....
Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh tuhan-mu , Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.
(Huud: 118-119)

Juga sepertima beliau menjelaskan tentang makna Tajarrud dalam kitabnya “Makanah At-tarbiyyah Fi Amal Islamy” beliau mengatakan : “ Tidaklah aku maksudkan disini ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang wujud kini dimedan-medan dakwah, kerana ikhtilaf pada dzaatnya tidaklah merupakan satu keaiban, dan juga bukan merupakan satu perkara yang membahayakan . Para Sahabat RA pernah berselisih pendapat diantara mereka , tetapi mereka tidaklah berpecah-belah ketika berselisih pendapat …..yang menjadi masalah pada medan amal Islami kini tidaklah pada perbezaan pendapat dan pandangan tetapi permusuhan, persengketaan dan perpecahan ……”

Sepertimana kata-kata Al-Imam As-Syahid Hasan Al-banna dalam Majmuah Rasail-nya dalam bab “Risalah Muktamar ke-5” bertajuk- Ciri-ciri dakwah Ikhwan -
1) Menjahui Perkara-Perkara yang Menjadi Perselisihan : “ Sebenarnya tidak salah berbeza pendapat , tetapi yang salah ialah terlalu fanatic (taasub) dengan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan fikiran dan pendapat orang lain. Jika sikap ini diamalkan dalam soal perbezaan pendapat, ia sudah tentu akan mampu menyatukan hati-hati yang retak .Apatah lagi untuk menyatukan mereka dalam satu gagasan”

As-Syeikh Dr Taufiq Al-Wa’ie mengatakan dalam kitabnya “Al-amal Jamaie” dalam tajuk : “Adakah wujud pada agama Islam arus-arus (kepelbagaian) yang berbeza-beza?” beliau mengatakan : “ Sesungguhnya Islam sepertimana yang kita ketahui merupakan agama yang jelas dari segi usul dan objektifnya (Ghayah) dan tidak boleh diperselisihkan diantara dua orang muslim , tetapi disana mempunyai ijtihad-ijtihad yang benar dan pelbagai daripada nash-nash , sepertimana disana mempunyai pelbagai cara dan uslub untuk mengislah dunia dan muslimin dalam lingkungan yang halal , yang telah diwakilkan kepada kita daripada Rasulullah SAW bersabda:

أنتم أعلم بشؤون دنياكم
Kamu lebih mengetahui urusan dunia-mu
(Riwayat Muslim)
Dalam lingkungan yang ditetapkan Islam serta tidak bertentangan dengan nash-nash. Pandangan kepada sesuatu perkara serta menghukum sesuatu perkara berbeza diantara peribadi-peribadi, sepetimana berbezanya corak pemikiran diantara mereka ……”

Ikhwah & akhawat aktivis sekalian,

Apabila kita melihat kepada tabiat kejadian alam , kita akan mendapati semuanya terdiri daripada kepelbagaian, sekiranya seseorang melihat kepada makluk-makluk didunia ini akan mendapati kepelbagaian dan berjenis-jenis, bahkan akan terdetik dihatinya merasakan bahawa kepelbagaian merupakan penyempurna bagi makhluk-makluk yang serba kekurangan ,juga boleh diumpamakan seperti kepelbagaian makanan dan minuman yang tidak dapat dihitung kepelbagaiannya, manusia bebas memilih mengikut kehendaknya dan apa yang sesuai padanya. Mengikut keadaan yang meliputinya, dari aspek yang lainnya makanan pagi tidaklah sama dengan makanan pada waktu malam , sepertimana makanan pada musim atau ditempat yang sejuk berbeza pada musim atau tempat yang panas.
Disana terdapat banyak lagi dalil-dalil yang berguna daripada ulama’-ulama’ fiqh & dakwah kontemporari seperti Al-Alamah Syiekh Dr Yusouf Qhardawi , Dr Taufiq Wa’ie, Al-Ustaz Syeikh Muhammad Qutb, Dr Muhammad Abu Fath Al-Bayanuni,Dr Solah As-Sowiy dan lain-lain lagi yang bersetuju dan menyokong kepelbagaian dakwah dan jamaah yang saling tolong-menolong,serta lengkap-melengkapi di antara mereka disamping menjaga adab-adab dalam perbezaan pendapat dan jauh sekali daripada perpecahan yang menghasilkan kerugian pada amal Islami.
Kesimpulan daripada perbahasan yang serba ringkas ini, pena ingin menegaskan bahawa kepelbagaian merupakan sunnah (tabiat) alam pada sekalian makhluk, dan kepelbagaian ini merangkumi pada setiap aspek kehidupan manusia yang diantaranya ialah kepelbagaian uslub-uslub (method) dan pendekatan dalam berdakwah. Agama merupakan asal usul aqidah Islamiyyah tidak berbeza dan berbagai. Kebenaran ( Al-haq) dinisbatkan kepada Allah SWT merupakan kebenaran yang satu dan tidak berbagai. Namun pandangan Al-haq (kebenaran) apabila dinisbatkan kepada para mujtahidin dan manusia umum adalah berbeza dan pelbagai (betul/salah).
Bagi golongan-golongan yang tidak menyokong kepelbagaian dakwah & jamaah, mereka mempunyai pendapat, pandangan ,serta dalil-dalil ijtihadi tersendiri. Namun bagi pandangan pena, pandangan serta dalil-dalil mereka marjuh dan tidak jelas .Bagi golongan-golongan yang bersetuju dan menyokong kepelbagaian dakwah & jamaah pula mempunyai pandangan,pendapat serta dalil-dalil mereka tersendiri, dan bagi pandangan pena pendapat ,serta dalil-dalil mereka lebih rojih , jelas dan bersesuaian dengan keadaan semasa yang menunjukkan kepada sifat-sifat yang positif ,optimis dan dinamik .

Wahai jamaah-jamaah Islam, saling melengkapilah diantara satu sama lain atau tidak akan tertegak Syariah Islamiyyah didunia ini. ….. …!!!!!!!!

Wallahu A’alam Bissowab ……..

Rujukan Asas:
· مجموعة رسائل الإمام الشهيد حسن البنا
· العمل الجماعي (د.توفيق الواعي )
· المسلمون والعولمة ( الشيخ محمد قطب)
· مكانة التربية في العمل الإسلامي ( الشيخ محمد قطب)
· أبجديات التصور الحركي الإسلامى (د.فتحي يكن )
· الثوابت والمتغيرات في العمل الإسلامى المعاصر (د.صلاح صاوى )
· التعددية الدعوية دراسة منهجية شاملة (د.معاذ بن محمد أبو فتح البيانوني )


No comments:

Post a Comment