Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 4 March 2011

Revolusi Timur Tengah 2011M

Sejarah manusia sentiasa menunjukkan pengajaran pada mereka yang mahu berfikir... Terkini dunia menyaksikan kebangkitan rakyat Tunisia.. disusuli dgn Mesir.. dan kini hangat di Libya.. juga di beberapa negara Arab lain..



presiden Tunisia berjaya dijatuhkan



presiden Mesir berjaya dijatuhkan



Bumi Libya kini bermandi darah, darah Muslimin di tanah air sendiri.. Presidennya, Muammar Ghadafi, tanpa berselindung menyerang rakyatnya dengan bom yang dilepaskan jet pejuang, di saat dunia semua memerhatikan. Berita beberapa hari lepas mengatakan.. Bilangan yang syahid mencecah 2000 orang.. dan termasuk didalamnya, golongan tentera yang berpaling tadah dari Ghadafi.



presiden Libya -semoga Allah menjatuhkannya


Walaupun diserang sebegitu teruk, kita kagum dgn semangat rakyat Libya yang masih tetap teguh menyuarakan tuntutan mereka.



Di Yaman , 3 negeri utama yang menjadi tumpuan rakyat berdemonstrasi, Aden, Taiz, dan Sana’a.. Keadaan Yaman tidaklah seteruk Libya dan Mesir. Begitupun, tetap ada yang terkorban, hingga kini, 16 orang telah syahid.



Kesemua negara yang kini bergolak, menyaksikan satu persamaan – rakyat menyuarakan tuntutan secara aman. Tetapi dibalas dengan pukulan, tembakan, dan bom – kezaliman yang sangat jelas.

Saat ini kita dapat mendengar pelbagai pendapat ulama’. DR. Yusuf Qardhawi berfatwa, “bagi sesiapa yang berkemampuan membunuh Ghadafi, bunuhlah.. kerana darahnya kini halal,” satu fatwa yang sangat keras tetapi tepat, dan inilah kali pertama beliau mengeluarkan fatwa sebegini, menunjukkan betapa kritikalnya keadaan di Libya.




Sheikh DR. Yusuf al Qaradhawi - semoga Allah memeliharanya


Di Yaman, ulama’ berbincang dan mengeluarkan pendapat, berdemonstrasi adalah tanggungjawab setiap individu menentang kezaliman dan termasuk dalam konteks amru bil ma’ruf wa nahyu ‘anil mungkar, dan terkorban kerananya adalah syahid.



Kajian disebalik revolusi timur tengah..



Ketika melihat satu persatu kejatuhan pemerintah zalim dari tampuk kekuasaan, apakah perasaan yang kita rasakan?



Adakah kita teramat gembira, kalau kita katakan “ya!” apakah sebabnya..? Adakah kerana ekonomi rakyat akan terbela..? Palestin terlepas dari tekanan dan kepungan segenap arah atau apa..?



Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita melihat sejarah Mesir di zaman Said Qutb:



Ketika Presiden Gamal Abdul Nasser menjadi pemimpin baru setelah Rejim Raja Fuad tumbang. Sejarah ini tidak mampu kita lupakan, ribuan mujahid dibumihanguskan secara tidak berperikemanusaain. Mereka digantung dengan tuduhan yang tidak jelas.Sedangkan sebelum Rejim Fuad jatuh, ada janji manis dari si calon pengganti tentang perkembangan Islam di Mesir.




bekas Presiden Mesir


Sayyid Quthb dan beberapa aktivis Ikhwan telah memberikan pengajaran buat kita, bahawa strategi kaum kuffar menghalang tegaknya Islam adalah amat licik dan penuh tipudaya. Beberapa hari setelah revolusi itu Sayyid Quthb dipersilakan untuk memberikan pidato di depan media. Sayyid Quthb dengan lantang berkata, “Sekarang revolusi betul-betul telah dimulakan. Akan tetapi, kita tidak boleh menyanjung-nyanjungnya, sebab dia belum memberikan sesuatu yang berarti. Diturunkannya Raja Fuad bukanlah tujuan revolusi ini. Akan tetapi tujuannya adalah mengembalikkan negeri ini kepada Islam.”



Saat itu Gammal Abdul Nasser membalas, “Wahai Saudaraku Sayyid Quthb demi Allah mereka tidak akan mampu mengganggumu kecuali harus melangkahi mayat kami. Kami berikan janji kami dengan nama Allah. Bahkan kami ulangi janji kami, bahwa kami akan menjadi pembela-belamu hingga ke akhir hayat kami”.



Lalu apa yang terjadi setelah itu? Janji tinggal janji, Nasser yang begitu tergila-gila dengan sosialisme dan sangat takut pada penerapan Islam secara menyeluruh malah menuduh Sayyid Quthb akan membahayakan keamanan Mesir dan membunuh dirinya.




mangsa permainan demokrasi


Sayyid Quthub kemudian diadili oleh Pengadilan tentera pada tanggal 12 April 1966. Tuduhannya sebagian besar berdasarkan tulisannya, Ma'alim fi ath-thariq, di mana isinya dianggap berupaya menumbangkan pemerintahan Mesir dengan kekerasan. Kemudian, pada 21 Ogos 1966M Sayyid Quthub bersama Abdul Fattah Ismail dan Muhammad Yusuf Hawwasy dinyatakan bersalah dan dihukum mati. Ia dihukum gantung bersama 2 orang temannya pada 29 Ogos 1966M. Pemerintah Mesir tidak menghiraukan protes dari Amnesti Internasional yang memandang proses pengadilan tentera terhadap Sayyid Quthub sama sekali bertentangan dengan nilai keadilan. Sejak saat itu beliau dikenali sebagai Syahid bagi kebangkitan Islam, yang rela mengorbankan nyawanya di tali gantung.



Pidato dan kisah kematian Sayyid Quthb di atas adalah sebuah pengajaran dalam diri bahwa kejatuhan sebuah rejim bukanlah kata akhir perjuangan.



Kini, siapakah yang akan berkuasa setelah pemerintah-pemerintah zalim ini jatuh..?





Sumber:

eramuslim.com

Khutbah Jumaat Masjid al Khulafa’ Sana’a, Yaman

No comments:

Post a Comment