Tuesday, 8 March 2011
Kejatuhan Mubarak dan kesan terhadap Palestin
Rakyat Palestin hari ini telah mendapat sedikit kebebasan dari cengkaman Yahudi yang selama ini menguasai segala aspek dan sukar mendapatkan sumber makanan yang secukupnya, ini kerana setelah kejatuhan kerajaan Mesir , dan hari ini Mesir telah membuka gerbang perbatasan Rafah antara jalur Gaza dan Mesir untuk penduduk Palestin keluar masuk dari dua arah.
Pintu gerbang antara dua arah ini akan dibuka sekitar jam 11 pagi, dan bas-bas telah mula bergerak dari sisi Palestin masuk ke Mesir bagi membawa penduduk Palestin mendapatkan keperluan seharian. Namun demikian hanya sekelompok tertentu sahaja yang boleh pergi ke Mesir, antaranya mereka mestilah memiliki visa ,mempunyai identiti yang tinggal di Mesir,para mahasiswa dan peniaga. Jumlah yang dibenarkan masuk hanya 300 orang sahaja bagi setiap hari.
Perkara yang menyedihkan rakyat Palestin kini adalah Israil hanya membenarkan kepulangan 300 rakyat Palestin dari Libya ke Tebing Barat berbanding jumlah sebenar 70,000 rakyat Palestin yang berada di Libya.
Perdana Menteri Israil Benjamin berkata : dia hanya memmbenarkan penduduk Palestin dari Libya jika mereka mereka lulus pemeriksaan keselamatan. Penduduk Palestin menekan kerajaan supaya mereka dihantar balik dengan segera atas sebab keselamatan. Presiden Libya pula Muammar Ghaddafi menuduh rakyat Palestin yang berada di Libya menjadi satu sebab berlakunya pertempuhan darah ketika ini.
Selepas kejatuhan kerajaan Mesir baru-baru ini, kepimpinan ketenteraan zionis meletakkan keyakinan bahawa operasi pengawalan dan menghalang segala laluan yang telah dibuka setelah kejatuhan kerajaan mesir dari segi bekalan senjata,keperluan harian,dan meningkatkan serangan di setiap terowong-terowong yang dikenal pasti sebagai laluan utama Hamas.
No comments:
Post a Comment