Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Wednesday, 22 December 2010

SIAPALAH KITA JIKA TIDAK BERTAUBAT..?

oleh: bidin


كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

(رواه الترمذي والحاكم وقال صحيح الإسناد)


“Semua anak Adam banyak tersilap, dan sebaik-baik yang banyak tersilap itu ialah yang banyak bertaubat.”

(Diriwayatkan oleh at-Turmuzi dan al-Hakim lalu berkata, “isnadnya sahih”)


Tentunya kita semua sering mendengar hadis ini. Ya, manusia memang sering melakukan kesalahan.


Faedah Bahasa


Lafaz (خطاء) dan (تواب) merupakan samada sighah (format) mubalaghah daripada (فعّال – dengan sabdu atas ‘ain) iaini ‘teramat-amat’, membawa maksud bukan sekadar ‘tersilap’, tetapi ‘amat tersilap’. Bukan juga hanya ‘bertaubat’, malahan ‘banyak bertaubat’.


Format ini juga (sabdu atas ‘ain) boleh membawa maksud nisbah (dikaitkan). Manusia itu terlalu banyak kesilapan sehingga dia dinisbahkan terhadap kesilapan itu. Seterusnya dia banyak bertaubat sehingga dinisbahkan kepada taubat itu.


SubhanAllah!


Segera bertaubat


Tiada siapa yang sempurna terpelihara daripada melakukan kesalahan. Tidak kira ulama atau orang awam, pemimpin atau rakyat marhaen, ibu bapa atau anak-anak. Tiada. Hanya para anbiya’ sahaja yang ma’sum terpelihara daripada dosa. Oleh itu janganlah menyangka apabila kita melakukan kesalahan, kita sudah sampai ke penghabisan. Rahmat Allah jalla wa ‘ala itu sangat luas.


Namun begitu bukanlah bermaksud kita boleh melakukan kesilapan sewenang-wenangnya. Rasulullah sallAllahu alayhi wa sallam menyambung;


..وخير الخطائين التوابون

“..dan sebaik-baik yang banyak tersilap itu adalah yang banyak bertaubat.”


Syarat untuk mendapat rahmat Allah jalla wa ‘ala dan pengampunan-Nya ialah dengan memperbanyakkan meminta ampun. Seterusnya berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu. Manakala sekiranya ada berkaitan dengan hak sesama makhluk, maka hendaklah dikembalikan semula haknya.


Jangan takut untuk bertaubat


Berapa banyak pun dosa yang dilakukan, janganlah kita takut untuk bertaubat. Lazimkan lidah dengan istighfar sepanjang masa. Allah subhanahu wa ta’ala menyuruh utusan-Nya Muhammad sallAllahu ‘alayhi wa sallam memberitahu kita semua hamba-Nya;


{قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ}(الزمر:53)


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya*. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(az-Zumar: 53)


Beginilah rahmat Allah jalla wa ‘ala yang sangat suka dan bermegah dengan doa-doa hamba-Nya kepada-Nya, bukan seperti raja-raja dunia, yang akan bosan melihat peminta yang sama berulang kali. Dalam hadith yang lain, Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wa sallam menyebut;


عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال والذي نفسي بيده لو لم تذنبوا لذهب الله بكم ولجاء بقوم يذنبون فيستغفرون الله فيغفر لهم

(رواه مسلم وغيره)


Daripada Abi Hurairah radhiAllahu ‘anhu meriwayatkan daripada Nabi sallAllahu ‘alayhi wa sallam berkata, “dan demi Yang nyawaku berada di tangan-Nya, jika kamu semua tidak berdosa, Allah pasti akan membuang (menggantikan) kamu dan Dia pasti akan mendatangkan kaum lain yang berbuat dosa lalu terus meminta keampunan lalu Dia mengampunkan mereka.”

(Diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain)


Galakan beristighfar untuk semua


Setelah apa yang telah kita ketahui ini, jangan pula ada yang menyangka dirinya sudah hebat dan cukup, tidak perlu lagi untuk bertaubat. Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wa sallam sendiri berkata seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari;


والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada 70 kali.


Imam Muslim juga meriwayatkan hadith seumpama ini dengan lafaz, “100 kali”!


Maka siapalah kita untuk tidak bertaubat..?

No comments:

Post a Comment