Integrasi yang bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum,unsur, bahagian dan lain-lain menjadi satu kesatuan :penyatuan.
Integrasi Tabawi membawa maksud kepada gabungan idea, pendapat, dan kajian yang bersifat Islamik berdasarkan manhaj & cara yang khusus demi mewujudkan perubahan atau islah ( pembaikan) dalam kehidupan manusia kepada yang lebih baik dalam lingkungan perpaduan Imaniyyah dan Islamiyyah mengikut keadaan (waki’e) terkini.
InsyaAllah , blog Integrasi Tarbawi yang berada dihadapan pembaca sekalian merupakan hasil daripada gabungan perspektif, pandangan dan perbahasan, berdasarkan kepada kajian kontemporari & kontemplasi (mendalam) yang tertumpu pada aspek tarbiyyah dari segi maknanya yang menyeluruh.
Nabi s.a.w bersabda menceritakan kisah seorang lelaki yang diberi nikmat dunia oleh Allah ta’ala dengan harta yang mewah dan beberapa orang anak. Namun beliau tidak bersyukur dengan nikmat Allah ta’ala malah tenggelam dalam melakukan maksiat sepanjang umurnya. Lalai dengan nikmat duniawi sehingga lupa untuk menyediakan bekalan amalan ukhrawi.
Hinggalah tiba detik-detik berakhirnya ajal. Beliau berasa takut lantaran bekalan amalan akhirat yang tandus kering dalam hidupnya. Takut kepada azab neraka Allah yang menanti mereka yang mempersiakan hidup di atas muka bumi.
Lantaran ketakutan yang menyelubungi amat kuat, maka beliau merancang untuk melarikan diri daripada azab Allah. Beliau menyeru anak-anaknya dan menyatakan hasratnya. Kemudian memerintahkan supaya mayatnya nanti dibakar dan sebahagian abunya dilemparkan ke dalam laut dan sebahagian lagi diterbangkan ke udara.
Keadaan beliau dan anak-anak yang jahil dengan kekuasaan dan kekuatan Allah ta’ala mendorong anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut dengan mudah. Dua dosa besar telah dilakukan oleh lelaki tadi. Pertama beliau menjadikan hidupnya sia-sia dengan maksiat. Kedua, kejahilan beliau bahawa Allah ta’ala mampu menghidupkan sesuatu dengan cara apa sekalipun.
Selepas daripada itu, Allah s.w.t menitahkan laut dan darat supaya mengumpulkan jasad beliau dan Allah s.w.t bertanya:
"Mengapa kamu lakukan semua ini?
"Lantaran teramat takut kepadaMu ya Rabb!" Beliau menjawab.
Maka dengan rahmat Allah, diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.
Salaam. Boleh tak berikan sumber kisha ini supaya confident sikit nak sebarkan kisah ini.
ReplyDeletekisah ini dari shohihain.
ReplyDeleteada dalam shohih muslim: 2756 dan 2657
bukhari: 3452