Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Thursday, 4 November 2010

GAY Budaya Menyanggahi Fitrah

Malaysia merupakan salah sebuah negara Islam yang mencatatkan kerosakan moral yang parah dalam kalangan rakyatnya.

Budaya hiburan melampau ataupun dikenali sebagai hedonisme dilihat semakin menjadi-jadi dan rancak tanpa mempedulikan nilai islam mahupun nilai ketimuran yang menjadi sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya Melayu.


Terbaru..Perlulusan Konsert Artis Gay.




Agensi Pusat Permohonan dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.Konsert berjudul “Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010” dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.


Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon dari California. Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.


Pandangan Dunia kepada Artis ini.


Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini. Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.


Kesimpulan


Terdapat pelbagai sudut pandangan yang membolehkan kita menilai isu ini.. samada politik, atau pandangan masyarakat, atau pelbagai lagi sudut pandang yang lain. Namun kita memilih untuk melihat isu ini dari kacamata seorang da’ie yang muslim. Kita melihat isu ini sebagai salah satu wasilah musuh-musuh Islam menghancurkan jati diri umat dengan memasukkan hiburan tanpa mengambil berat sensitiviti masyarakat pada permulaannya, dan kemudiannya secara perlahan-lahan menyuntik unsur-unsur yang lebih parah melalui hiburan ini.


Inilah perancangan musuh Allah.. Bermula dengan menjauhkan.. Disusuli dengan mendatangkan keraguan.. Dan natijahnya, mengeluarkan dari jalan Allah.


Kita sebagai mahasiswa Islam, dalam sedar atau tidak, mungkin termasuk dalam bidak-bidak di fasa pertama perancangan musuh Allah iaitu dilekakan dengan hiburan yang menjauhkan kita dari sentiasa berada dalam kebaikan.


Semoga Allah memberi kita kejelasan dalam memahami atur langkah musuh Allah dan menyelamatkan kita semua daripada terjerumus ke dalamnya.


- IKRIMAH

No comments:

Post a Comment