Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 5 November 2010

Surah Al-Kahfi



وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (٦٠)فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا (٦١)فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا (٦٢)قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا (٦٣)قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا (٦٤)


Dalam surah al-Kahfi terdapat pelbagai pengajaran untuk umat islam dan para da’ei, antara pengajaran yang penting ialah sewaktu Nabi Musa AS berjumpa dengan lelaki yang soleh, menurut pendapat banyak ulama’ tafsir ialah Nabi Khidir AS

Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab daripada Nabi S

AW, “Musa u telah ditanya, ‘Siapakah manusia yang paling mengetahui?’ Musa berkata, ‘aku.’ Maka Allah telah menegurnya kerana tidak menyandarkan ilmunya kepada Allah, kemudian Allah mewahyukan kepadanya, ‘sesungguhnya Aku mempunyai seorang hamba di tempat pertemuan dua laut dia lebih mengetahui dari kamu’.” Sahih al-Bukhari



Berusaha untuk menambah ilmu


وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (٦٠)


Kesungguhan Nabi Musa u untuk menambah ilmunya dapat dilihat dalam ayat, “dan ketika Nabi Musa berkata kepada temannya, ‘aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun’.” Para da’ei mestilah berusaha untuk menambahkan ilmunya dengan belajar, Allah telah berfirman dalam ayat yang lain, “dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (al-Isra’: 85) Oleh itu Allah telah menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk meminta dari Allah agar ditambah ilmunya dengan kata-Nya dalam Surah Taaha: 114


"وقل ربي ذدني علما"



Menghadapi kesusahan dalam menuntut ilmu


Secara umum ilmu tidak diperolehi kecuali dengan melalui kesusahan dan kesabaran. Dalam kisah Musa AS ditunjukkan kesusahan baginda berjalan untuk mencari Khidir AS, “aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun.” Kesusahan dalam menuntut ilmu dapat dikurangkan dengan keikhlasan kerana Allah



Tawaddu’ dalam menuntut ilmu


فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (٦٥)قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (٦٦)قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٦٧)وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (٦٨)قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (٦٩)


Seorang penuntut ilmu tidak boleh menuntut ilmu dengan sifat tinggi diri dan bongkak. Sifat tawaddu’ adalah syarat penerimaan ilmu. Dalam kisah Khidir u dapat dilihat sifat tawaddu’ Nabi Musa AS untuk mengikuti Khidir AS dan kesunguhannya untuk tidak ingkar perjanjian mereka. Seorang da’ei mestilah menyingkir sifat takabbur yang menghalangnya dari memperolehi ilmu dari orang lain. Imam Mujahid telah berkata, “tidak akan dipelajari ilmu itu oleh orang yang malu dan takabbur.” Sifat takabbur itu akan menghalangnya dari bertanya perkara yang tidak diketahui kerana tidak mahu menunjuk dirinya bodoh


Rujukan : Mustafad : Dr. Abdul Karim Zaidan


IBN IBRAHIM-

No comments:

Post a Comment