Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 29 October 2010

as-Sheikh Ahmad Yaasin


Beliau dilahirkan pada 1938 di sebuah kampung al-Jora, di wilayah Asqalan dan dibesarkan di sana. Berhijrah ke Gaza bersama keluarga pada tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi mula bertapak di bumi Palestin.


Seorang pelajar yang cemerlang, disayangi guru-gurunya dan seorang ahli sukan yang aktif. Akan tetapi beliau mengalami kecederaan kerana terjatuh sewaktu beriadah, dan mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kakinya. Umurnya ketika itu 16 tahun.

Walaupun tubuhnya lumpuh, beliau tetap mengejar cita-citanya. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Syams, Kaherah pada tahun 1964. Beliau pernah dipenjarakan selama sebulan di Mesir kerana terlibat dengan gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi, apabila beliau dihantar pulang ke Gaza sebelum menamatkan pengajiannya.

Di Gaza, beliau bergiat aktif memperjuangkan Islam sebagai seorang guru bahasa Arab dan khatib di masjid. Beliau juga melakukan kerja-kerja kebajikan dan berdakwah mendidik anak-anak remaja. Pada tahun 1967, tertubuhlah gerakan Ikhwan Muslimin di kawasan sana.

Pada tahun 1983, sekali lagi beliau dipenjarakan oleh rejim Zionis atas tuduhan memiliki senjata api dan cuba menggugat kerajaan Zionis Israel. Belau dijatuhkan hukuman 13 tahun penjara namun pada tahun 1985, hasil pertukaran tawanan antara Fatah dan rejim Zionis, beliau dibebaskan setelah 11 bulan dikurung.

Beliau menubuhkan gerakan Hamas pada tahun 1987 apabila melihat negara-negara Arab dan Fatah tidak lagi berminat membebaskan Palestin. Hamas mengadakan demonstrasi jalanan dan bertempur secara bersemuka dengan tentera Israel. Majoriti ahli Hamas adalah pemuda-pemuda, yang ditarbiyah di masjid. Hamas juga memulakan Intifadhah yang sangat digeruni Zionis. Kesan dari itu, rumah beliau diruntuhkan Zionis dan beliau dibuang ke sempadan Lubnan.

Tidak lama kemudian, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan membunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis. Keputusan mahkamah itu diputuskan pada tahun 1991. Kesan dari penahanan itu, beliau mengalami lumpuh seluruh badan kecuali di bahagian kepala.Mata kanannya buta, mata kirinya kabur dan turut mengalami masalah pendengaran. Beliau juga dihidapi jangkitan pada paru-parunya.

Keadaan kesihatannya memaksa pihak penjara, membenarkannya berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital. Beliau dibebaskan pada tahun 1997, hasil dari
rundingan pertukaran tawanan antara Raja Jordan dan rejim Zionis. Beliau terus memainkan peranannya sebagai pemimpin agama gerakan Hamas. Pada tahun 2000, berlaku Intifadhah kedua selepas Ariel Sharon dan 200 orang tenteranya mencemari Masjid al-Aqsa.

Pelbagai cubaan membunuh beliau dilaksanakan Zionis. Rumahnya pernah dibedil helikopter Apache namun beliau terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun pada 22 Mac 2004, beliau dikurniakan syahid apabila 3 buah roket dilancarkan dari helikopter Apache ke atas Sheikh yang lumpuh itu, ketika dalam perjalanan pulang dari masjid selepas solat Subuh berjema’ah. Turut terkorban 4 orang lagi termasuk anaknya.

Ternyata Zionis sangat pengecut. Demi membunuh seorang Sheikh tua yang lumpuh, mereka menggunakan antara senjata terhebat mereka… Walaupun as-Shahid sukar bergerak ke sana-sini, sumbangannya pada perjuangan membebaskan Palestin sangat hebat. Inilah hasil kefahaman yang jelas, tarbiyah yang menyeluruh dan himmah yang tinggi. Selagi jasad dan roh bersatu, selagi itu tenaga dikerahkan sebesar mungkin. Bangkitlah!! Allahu Akbar !!
- ABU MALIK

No comments:

Post a Comment