Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 15 May 2010

Isu penggunaan kalimah Allah


Isu penggunaan kalimah Allah yang sudah
reda mengajak kita kembali bermuhasabah terhadap wasilah dan wadah dakwah kita. Semua pihak sudah pun menyatakan pendirian mereka. Mereka yang mengharuskan penggunaan itu memberi hujah seperti:

• Memang wajar sekalian manusia memanggil Tuhan dengan nama Allah

• Umat Islam harus berasa beruntung disebabkan golongan kafir menyetujui bahawa Tuhan itu adalah Allah ta’ala, dan mudah untuk berdakwah kepada mereka

• Sebelum kelahiran Nabi Muhammad  lagi kalimah Allah sudah dimaksudkan sebagai Tuhan contonhnya nama bapa Nabi  yang bernama Abdullah

• Kristian Arab sudah lama memakai kalimah Allah dalam Bible dan doa mereka

Manakala pihak yang mengharamkannya pula memberi hujah seperti:

• Maksud Allah dalam Islam merupakan Tuhan Yang Esa, tidak sama dengan maksud mereka

• Bimbang kerosakan Akidah umat Islam yang jahil agama

• Adanya muslihat dan niat jahat oleh golongan Kristian

Banyak lagi hujah antara kedua pihak, antara kesimpulan yang ringkas dan padat boleh dilihat di laman sesawang zaharuddin.net.

Walaupun berbeza pandangan, dapat kita lihat bahawa semua pihak berniat baik dan
ikhlas insha-Allah. Jika dilihat dari mata pendakwah pula, kita haruslah membuat anjakan paradigma terutamanya dalam pendekatan terhadap non-Mulim di negara kita.

Zaman siber hari ini menolak kita ke hadapan. Kita tidak mampu menghalang fakta yang di sana kalimah Allah sudah digunakan sekian lama.

Di sini apa yang boleh kita simpulkan, terdapat baik dan buruknya. Antara kebaikannya umat Islam di Malaysia masih mebela dan menyayangi agama yang suci ini, dan barulah orang ramai mengkaji hukum-hakam samada merujuk kepada alim ulama’, merujuk kitab, atau pun mencari dalam lawan web ahli agama.

Justeru, kita sebagai pembela agama haruslah mengambil berat terhadap isu ini dan perlu diperbahaskan sebaik mungkin dengan golongan Kristian walau pun Bible bukan sumber rujukan kita bagi umat Nabi Muhammad alayihis-salam.

Sebaiknya bagi kita, bukalah ruang perbincangan bagi memahami antara satu sama lain.

- ILHAMIE (imanyaman_86)

No comments:

Post a Comment