Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 9 April 2011

Ubat Segala Ubat

Dunia sekarang memang banyak penyakit. Banyak. Bukan sedikit. Banyak.



Tidak kira penyakit itu penyakit luaran, fizikal, atau penyakit dalaman, penyakit jantung hati.


Cuba bayangkan, tiba-tiba kawasan perumahan anda dipenuhi tentera, berkawal, berjaga, berkubu. Kereta kebal dan perisai memenuhi tempat-tempat letak kereta. Tentu anda rasa semakin aman, bukan?


....atau tidak?


Semakin banyak pihak keselamatan, semakin aman?


Apa kata anda tentang semakin banyak hospital dan klinik tumbuh bak cendawan selepas hujan? Semakin anda rasa sihat?


SubhanAllah. Setiap perkara ada kadar dan nisbahnya. Melebihi kadar yang sunnah Allah tetapkan, penyakit.


Nabi sallAllahu'alayhiwasallam pernah mengajar kita cara mengubati penyakit. Memang pernah.


Apa yang anda bayangkan?


Habbatussauda?


Madu?


Berbekam?


Bukan semua ini perbincangannya.


داووا مرضاكم بالصدقة

"Ubatilah pesakit-pesakit kamu dengan SEDEKAH"


Sedekah?


Ya.


Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud secara mursal, juga diriwayatkan oleh at-Tabrani, al-Baihaqi, dan lain-lain. Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini hasan lighoyrih.


Terdapat cendikiawan Islam yang mengulas mengenai hadith ini, bahawa banyak pesakit itu miskin, tidak mampu berubat, oleh itu dengan bersedekah kita mampu menolong mereka berubat.


Memang benar.


Tetapi..


Dalam ilmu psikologi, manusia akan berasa lebih tenang apabila dia menyelesaikan segala masalah dalam benaknya. Kerana itu seorang muslim disyariatkan memaafkan semua orang sebelum tidur, agar dia lebih tenang, dan 'mati' dalam ketenangan.


Begitu juga dengan bersedekah, dia sebenarnya menyelesaikan dua masalah. Masalah harta yang perlu dijaga, dan masalah orang yang mendapat sedekahnya itu.


Ketenangan inilah yang memberinya kesihatan dan penawar.


Jika anda pernah menontoh filem My Life, berkisarkan seorang lelaki yang diuji dengan kanser. Bagaimana dia bertemu dengan seorang pengamal perubatan alternatif berbangsa Cina, apa saranan beliau? Tontonlah untuk jawapan.


Cubalah. Setiap kali anda berpenyakit, khususnya penyakit jantung hati, hasad, kedekut, suka mengumpat, cubalah bersedekah. Amalkan secara konsisten. Saksikan kesannya!


وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى

"dan dia (Muhammad) tidaklah berkata dari nafsunya, tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan!" [an-Najm: 3-4]

No comments:

Post a Comment