Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Saturday, 30 April 2011

Perang Pemikiran paling bahaya


Al-Himmah


Dalam pada dunia-dunia Arab (sepatutnya: dunia Islam) masih lagi kebanyakannya bergolak, kita di Malaysia yang aman dan harmoni, tenang dalam kehidupan seharian. Sibuk bekerja, sibuk mengisi borang, sibuk mencari bantuan, sibuk mengumpul teman, sibuk berchating dan berkenalan baru, atau menurut teman saya, sibuk memberi kucing dan ayam makanan! (baca ini dan ini)


Isu hangat di sini berdasarkan kadar hit di Google, atau kadar carian paling banyak rakyat Malaysia di internet (tengok sini), ialah pertama politik (seperti sumpah laknat Datuk T) dan isu kedua hiburan (seperti berhala, maaf.. idola Malaysia). Bagi mahasiswa Sanaa, Yaman, bumi Iman, Fiqh, dan Hikmah, yang bercuti mungkin SEBAHAGIANnya sibuk mengikuti perkembangan IMAM Muda Fakhrul yang dahulunya belajar sekejap di Sanaa.


SubhanAllah!


Umat Islam sepatutnya mempunyai himmah aaliyah, himmah yang tinggi. Apakah maksud ‘hamm’? ‘Hamm’ ialah keinginan yang sangat kuat yang mendorong anggota badan yang lain bekerja ke arahnya. Oleh kerana itu Nabi sallAllahu’alyhiwasallam berdoa dijauhi daripada keinginan yang mengganggu matlamat hidupnya, IBADAH!


اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن


“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada al-hamm dan kesedihan!”


Bahkan doa ini didahulukan daripada ‘الجبن’ atau ‘sifat pengecut’ sedangkan dalam berjihad menentang nafsu kehidupannya, seorang mukmin seharusnya meminta pertolongan Allah membuang sifat pengecut!


Allahu Akbar!


Kita setiap hari bersolat lima waktu, ditambah pula dengan solat rawatib mengiringi setiap lima solat, ditambah pula tahajjud dan witir sebelum Subuh sebagai ubat kuat para da’ei. Setiap solat kita ucapkan Allahu Akbar! Allahlah yang PALING besar, lebih besar daripada musuh kita, lebih besar daripada Amerika Syarikat, mahupun Britain, mahupun rejim haram Israel! Semestinya!


Allah juga seharusnya diletakkan lebih besar dan tinggi daripada segala rutin lain samada memasak, membasuh pakaian, atau mengambil lesen motosikal B penuh!


Iblis musuh Allah berjaya menyibukkan kita, dan meletakkan seolah-olah inilah segalanya!


Politik


Apabila mengembalikan hukum Allah yang Maha Tinggi memerintah bumi menjadi wajib atas batang tengkuk setiap kita yang membaca ini atau yang tidak membaca atau jauh berniat membaca, kita bersemangat. Bersemangat. Bersemangat.


Musuh Allah menggunakan semangat kita untuk memesongkan kita daripada jalan yang sebenar, biar terpesong sedikit, mudah-mudahan lama kelamaan terus terpesong.


Kita pula berasa ambil mudah, “tak apa, nanti aku masuk balik jalan besar, bukannya jauh..”


Sedangkan dalam Islam hanya ada satu garisan yang lurus di tengah-tengah, manakala bukan jalan itu pula, walaupun SATU milimiter DEKATnya, walaupun sama lurus, adalah BUKAN Islam.


Sheikh Muhammad Qutb rahimahUllah dalam perbincangan mengenai perang pemikiran atau dalam bahasa ‘kita’ para da’ei al-Ghazwu al-Fikri menyebutkan di sana terdapat banyak kelompok yang ‘Islamiyyun’ atau dalam bahasa mudahnya ‘yang memperjuangkan Islam’ namun diuji oleh Allah ta’ala dengan pemesongan jalan, atau al-ghazwu al-fikri. Mereka mengambil jalan yang tidak Islam, namun meng’Islamisasi’kan jalan itu. Mazahib Fikriyyah.


“Semoga Allah menulis segala yang mereka lakukan sebagai pahala atas niat mereka,” doa Sheikh,” dan mengampunkan mereka apa yang tidak diketahui dan disedari.”


Apa pandangan anda sekiranya saya menyebut:


Komunis Islamik atau Sosialis Islamik. Islam agama yang sosialis, memperjuangkan hak-hak sosial rakyat yang sama rata. Negara wajib membantu rakyat.


ATAU: Islam agama demokrasi. Memperjuangkan hak kebebasan manusia, setiap rakyat berhak memilih pemimpinnya, kuasa mengundi.


ATAU: Demokrasi adalah shura. Rakyat ber’shura’ memilih pemerintah.


Sungguh, beginilah Islam. Sungguh.


Subhannallah, Islam Maha Tinggi lebih tinggi dan mulia daripada istilah-istilah ciptaan akal manusia yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Pembalasan.


Tidak dinafikan bahawa manusia mempunyai hak asasi dan kebebasan bersuara, namun semuanya terhad apabila melebihi batas yang Allah tetapkan.


Tidak dinafikan sistem shura adalah Islam, namun hanya ahli ilmu waliyyu amril-Muslimin berhak ber’shura’. Bayangkan satu pilihanraya kecil dijalankan. 10 orang kafir membenci Islam mengundi A dan 1 ulama ulung alim wara’ bertaqwa bersolat bertahajjud menunaikan zakat dan haji mengundi B. menurut sistem demokrasi Islam apa yang anda bayangkan? Siapa yang menang? A. Tidak kira apa yang anda hujahkan sekarang dalam fikiran anda, tetap A. Tidak kira.


Tidak dinafikan negara wajib membantu rakyat. Wajib mengembalikan hasil bumi negara kepada rakyat, namun Islam bukan sosialis!


Hikmah itu hilang daripada Muslim. Di mana sahaja dia temuinya, maka dialah lebih berhak mengutipnya!


Bagaimana pula sekiranya secebit hikmah itu masih ada dalam gendongan muslim. Mahu dikutip jenis hikmah yang lain pula?


Jadilah seorang yang adil. Salah disalahkan walaupun keluar dari mulut muslim sekali pun. Benar tetap benar walaupun keluar dari mulut kafir sekali pun. Ambil yang terbaik. Ini ajaran al-Qur’an.


Sheikh Abdul Majid az-Zindaniy, al-Murshid al-Am Himpunan Yaman lil-Islah (parti Islam Yaman) dalam menyatakan sokongannya terhadap pemuda-pemuda perubahan di medan Perubahan di hadapan Universiti Sana’a menjatuhkan rejim yang korup, sempat mengingatkan mereka agar tidak terjatuh dalam perangkap barat dalam menggunakan istilah-istilah dan matlamat-matlamat yang mereka tetapkan. Islam bukan meletakkan hukum dalam tangan rakyat, sebaliknya dalam tangan Tuhan rakyat itu, Islam memerintah, bukan diperintah. (ada poster mereka yang mati shahid disebarkan tertulis: shuhada’ demokrasi)


Ekonomi


Allah subhanahu wa ta’ala mengisytiharkan perang terhadap riba, dalam al-Qur’an. Nas yang qat’ie. Perang.


Sistem ekonomi Islam sangat penting sehingga ‘solat’, sujud menyembah Allah sentiasa digandingkan dengan ‘zakat’.


Namun tahukah anda, sebenarnya ekonomi Islam dalam Pemerintahan Islam hanyalah wasilah? Hanya cara. Bukan ghayah. Bukan matlamat.


Pemerintahan Islam yang hakiki mempunyai visi menyebarkan kalimah Allah di muka bumi, bukan hanya sekangkang kera tanah yang dipijaknya. Tanpa visi ini, ia bukan pemerintahan Islam, walaupun ia memotong tangan pencuri yang cukup syarat! Dan untuk menjalankan visi ini, di sinilah diperlukan sumber kewangan yang suci bersih. Di sinilah ekonomi Islam.


Sheikh DR. Yusuf al-Qaradhawi – semoga Allah memeliharanya – dalam bukunya, Peranan Nilai-Nilai Murni dan Akhlaq dalam Ekonomi Islam, menyebutkan beza ekonomi Islam dan ekonomi barat ialah mereka menjadikan ekonomi matlamat hidup mereka. Matlamat pendidikan. Matlamat kewujudan. Sedangkan ekonomi Islam hanya diperlukan utnuk menggerakkan dakwah di serata muka Bumi.


Kemasyarakatan


Ada golongan yang sibuk membina masjid, bangga menyatakan statistik pembinaan masjid yang mereka jalankan, namun mereka lupa statistik yang bersolat dalam masjid itu!


Musuh Allah berjaya lagi memesongkan kita daripada matlamat hakiki kita. Adakah anda termasuk dalam ‘kita’?

1 comment: