Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Thursday, 22 December 2011

Jahiliyyah:::Mungkar

Memikirkan tugas para du’at dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat, saya teringatkan kata-kata Syed Qutb rahimahUllah dalam menggariskan permulaan dakwah dan tarbiyah, beliau mengingatkan kita, sekiranya kita tidak kenal jahiliyyah, atau kita tidak kenal apa itu ma’aruf, maka kita tidak akan bertindak melawannya. Kerana itulah, Allah menamakan yang baik itu sebagai ma’aruf, yang berasal dari perkataan arab ‘arafa yang bermaksud mengetahui. Ma’aruf pula bermaksud apa yang diketahui umum. Manakala mungkar pula, kata lawannya, tidak diketahui umum.



Kerana ini jugalah Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam menyebutkan dalam hadith akhir zaman, bahawa ma’aruf (yang diketahui umum) itu akan menjadi mungkar (tidak diketahui umum), dan mungkar pula akan menjadi ma’aruf. Dalam hadith yang lain pula Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam menyebutkan Islam akan menjadi asing atau dagang (ghareeb) sepertimana ia bermula.



Menggabungkan kata-kata Syed Qutb rahimahUllah dan kata-kata Rasulullah sAllahu’alayhiwasallam, sekiranya kita yang berada di akhir zaman ini tidak menyedari bahawa kebanyakan Islam itu sudah menjadi mungkar (tidak diketahui umum), maka kita tidak akan bertindak menyuruh kepada ma’aruf yang hakiki.



Saya berikan bebrapa contoh mungkar yang sudah menjadi ma’aruf tanpa kita sedari. Pertama, semua orang tahu menutup aurat itu satu perkara fardhu. Aurat pula bagi lelaki dari pusat hingga ke lutut, dan bagi perempuan, seluruh anggota kecuali muka dan pergelangan tangan. Semua orang tahu. Seakan-akan ma’aruf bukan?



Namun tanpa kita sedari, apabila ada orang menutup aurat dengan sempurna, baik lelaki mahupun wanita, kita merasa pelik, janggal, dan asing. Ghareeb. Dan apabila ada yang tidak menutup aurat, kita merasa biasa sahaja.



Perempuan memakai tudung tetapi menampakkan lengan atau rambut, biasa sahaja di mata kita. Lelaki memakai seluar tiga suku (bawah lutut), tidak beradab, tidak sopan, kurang ajar, tidak layak dipanggil da’ei!



Biasa jumpa contoh ini? SadaqAllahu wa Rasuluhu sAllahu’alayhiwasallam! Tidak setuju? Tengok contoh kedua.



Poligami suatu perkara diharuskan dalam Islam. Setiap perkara harus (mubah) boleh termasuk dalam hukum yang lima bergantung kepada keadaan. Ma’aruf, bukan? Bahkan sesiapa yang menentangnya, KITA sendiri akan menamakannya liberal, atau Sisters in Islam, orientalis, dan sebagainya.



Namun lihat sekeliling kita. Lihat kita. Adakah di antara kita yang mengamalkan poligami? Para Islami? Da’ei? Orang awam? Apa reaksi kita apabila terdengan seseorang mengamalkan poligami? Kuat nafsu? Apa tindakan kita sekiranya pasangan kita mahu berpoligami? Apa tindakan kita, mahukah aku berpoligami? Tentu jawapannya, mungkar. Ingkar.



Tidak bersetuju dengan contoh-contoh ini? Jawapan saya, sadaqAllahu wa rasuluhu sAllahu’alayhiwasallam.



Ambil contoh terakhir. Apabila kita mendengar satu pasangan berkahwin awal, atau berkahwin sewaktu sekolah! Apa reaksi kita? Ya, kita. SAYA terlebih dahulu. Dah gatal sangat nak kahwin? Budak kecil tahu apa? Ish..ish..ish.. habis masa depan budak tu.. nak bagi makan apa? Bincangkan semula dalam mahkamah!



Namun apabila kita mendengar budak-budak, pelajar sekolah berzina, apa reaksi kita? Tidak lebih daripada, “budak-budak zaman sekarang……………………………………..” dengan hela nafas panjang..



Allah menjadikan badan manusia sedia untuk mengandung dan mendapat zuriat bermula umur baligh lagi. Rupanya Allah tidak tahu, yang dia belum sedia berkahwin sehingga lepas kerja.. Paling kurang pun umur 18 tahun.. Apalah Allah ni..



Astaghfirullah!



Sedangkan apa jua perkara harus (mubah) tidak memerlukan sebab atau alasan untuk mengamalkannya. Tidak perlu. Kenapa awak pakai baju biru? Kenapa awak makan daging? Kenapa awak beli tayar? Kenapa awak beli rim saiz 20? Kenapa awak naik bas? Kenapa awak beli kereta? Kenapa awak berkelah tepi pantai? Kenapa? Kenapa? Kenapa?



Ingat, tujuan saya menimbulkan contoh ini bukanlah untuk fokus pada contoh di atas. Jauh sekali menyatakan bahawa contoh-contoh ini adalah perkara usul, pokok yang perlu dibincangkan. Tujuan saya hanyalah menyedarkan kita, dunia kita ialah akhir zaman. Yang ma’aruf sudah menjadi mungkar. Yang mungkar sudah menjadi ma’aruf. Semua hanya CONTOH SAHAJA.



Tujuan saya hanyalah mengingatkan kita kata-kata Khalifah kedua, Umar radhiAllahu’anhu, “sekiranya kita tidak kenal jahiliyyah, bagaimana kita bertindak menentangnya?” Mengembalikan manusia kepada Islam, bermaksud kita pada mulanya harus sedar keadaan dunia kita sekarang. Barulah TITIK TOLAK, pendorong, atau apa sahaja yang PUSH kita ke arah dakwah dan tarbiyah, menjadi lebih kuat, mantap, dan PADU! Jangan ingat kita dalam comfort zone!



Mulalah berdakwah dan tarbiyah sekarang!

No comments:

Post a Comment