Dengan pakaian khas yang paling biasa, mungkin seorang penyelam boleh mencapai 130 meter.Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai khurafat mengenai laut. Dewa Laut, Tuhan Laut, Penunggu Laut, apa yang terdapat di dalam laut, apa yang terdapat di penghujung laut. Dari tamadun Romawi sehingga tamadun Parsi, termasuk tamadun China, semuanya mempunyai kepercayaan khurafat yang tersendiri, sehingga menyebabkan ada yang takut untuk belayar di lautan.
Kapal selam yang pertama dibina, dan didokumentasikan secara cukup dalam secara adalah selewat 1620-an, lebih kurang 1040 tahun selepas Hijrah Nabi
sallAllahu'alayhiwasallam.
Setelah terbinanya alatan khas untuk menyelam jauh ke dalam air, barulah saintis menemui bahawa rupanya dalam laut itu gelap. warna-warna cahaya akan terbias satu demi satu sehingga akhirnya tiada satu pun yang tinggal.
Untuk memahamkan anda dengan lebih lagi, cuba perhatikan gambar rajah ini:
Antara 3 hingga 30 peratus cahaya matahari dibiaskan di permukaan laut. Kemudian, hampir semua 7 warna spektrum cahaya diserap satu demi satu di 200 meter pertama, kecuali cahaya biru. (rujuk:
Oceans, oleh Elder dan Pernetta, m/s 27)
Setelah terciptanya semua alatan yang canggih untuk masuk ke dalam laut, dan alatan yang canggih untuk naik ke angkasa, sekali lagi para saintis menemui fenomena lautan, dikenali hari ini sebagai ombak dalaman atau
internal waves.
Ombak dalaman terbentuk disebabkan pertembungan ruang kepadatan antara kepadatan-kepadatan yang berbeza. Ombak dalaman ini melitupi air yang dalam di laut dan lautan kerana air dalam mempunyai kepadatan lebih tinggi daripada air yang di atasnya. Ombak dalaman bertindak seperti ombak luaran. Ia juga boleh berpecah, sama seperti ombak luaran.
Ombak dalaman ini tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia, namun ia boleh diketahui dengan mempelajari suhu dan kepadatan suatu tempat tertentu.
Ombak ini juga membentuk gelombang yang besar, boleh dilihat melalui satelit di angkasa.
Terlalu banyak data? Perhatikan gambar ini dahulu:
Yang bawah padat. Yang atas kurang padat. (rujuk:
Oceanography, oleh Gross, m/s 204)
Betapa hebatnya penemuan para saintis dan alatan-alatan mereka yang canggih. Memerlukan masa dan tenaga yang banyak sekali.
Hebat lagi Tuhan yang mencipta para saintis itu, bahan-bahan untuk alatan mereka, dan juga lautan itu sendiri!
Allah subhanahuwata'ala telah memberitahu kita 1400 tahun dahulu dengan ungkapan yang mudah:
أو كظلمات في بحر لجي يغشاه موج من فوقه موج من فوقه سحاب ظلمات بعضها فوق بعض إذا أخرج يده لم يكد يراها
"atau seperti kegelapan di laut yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (lagi), di atasnya (barulah) awan; kegelapan yang saling menindih, apabila seseorang mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya."
(an-Nur: 40)
Dua kali Allah menyebutkan ombak, kenapa ya?
Gelap sungguh sehingga tangan sendiri tidak kelihatan.
Persoalan terakhir ialah; bagaimana Muhammad (sallAllahu'alayhiwasallam) mereka-reka al-Qur'an itu????
Kerana itulah Allah menutup ayat ini dengan kata-Nya:
ومن لم يجعل الله له نورا فما له من نور
"dan siapa yang Allah tidak berikannya cahaya (petunjuk) maka tiadalah dia cahaya."
golongan yg berpendirian ateis anti agama dan bertuhankan akal semata-mata, mereka tidak percayakan langsung agama, apatah lagi mempercayai tuhan, bukti diatas jelas, Allah lebih dahulu mengetahu sebelum manusia mengetahuinya, ....
ReplyDeleteYou must share this!!! Maybe some of us must translate it into english!!
ReplyDeleteAbg Ahmad, please. share. maybe you can start translating it to English? just an idea. =)
ReplyDelete