يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (1) قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (2) وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ (3) إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4) عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا (5)
Surah ini juga dinamakan Surah An- Nabi disebabkan surah ini bermula dengan kisah rumah tangga Nabi Muhammad S.A.W.Surah ini juga diturunkan di Madinah.
Dalam surah ini, Allah memberi jaminan bahawa sesiapa yang berkomplot atau berusaha untuk menyusahkan Nabi S.A.W akan berdepan dengan Allah dan tentera- tentera-Nya.
Allah juga menyuruh orang-orang yang beriman agar menjaga diri mereka dan keluarganya dari siksaan azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu dengan menjauhi segala larangan-Nya dan mematuhi segala suruhan-Nya.
Taubat adalah salah satu suruhan Allah kepada orang-orang yang beriman agar jiwa sentiasa dalam keadaan bersih.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang sentiasa membersihkan diri dari dosa-dosa yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja.Mereka yang beriman dan sentiasa bertaubat, tempatnya adalah di syurga yang sangat indah tiada bandingannya.
Memerangi dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan munafik (yang memerangi agama Islam dan orang-orang Islam) adalah perkara yang sangat di tuntut sehinggalah mereka beriman dengan hari akhirat dan perkara-perkara dalam agama Islam.Ini adalah untuk menyedarkan mereka tentang kebenaran Islam.Sesungguhnya mereka yang memerangi agama Islam, tempatnya adalah di neraka jahannam.
Allah memberi perumpamaan mereka yang kafir dengan 2 orang isteri nabi Allah iaitu isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut.Kedua-duanya berada di bawah pengawasan 2 orang nabi Allah ini.Akan tetapi mereka masih tidak beriman dengan Allah.Ini menunjukkan bahawa iman itu adalah milik Allah.Dia akan memberikannya kepada siapa yang hendak diberikannya sahaja.Tugas orang-orang beriman hanyalah menyampaikan risalah Allah.
Allah juga memberi perumpamaan mereka yang beriman dengan 2 orang wanita iaitu isteri Firaun dan Maryam Binti Imran.Dan mereka adalah di antara wanita yang patut menjadi contoh kepada wanita masa kini dengan keteguhan iman dan ketaatan mereka kepada Allah.
Wallahu a’lam.