Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Monday, 27 July 2009

ANAS BIN MALIK (10SH-93H)

Namanya ialah Anas bin Malik bin Dhamdham Al-Ansari Al-Khazraji An-Najari, dan ibunya Ummu Sulaim binti Milhan. Ibunya telah datang kepada Nabi SAW ketika baginda mula-mula menjejakkan kaki di Madinah dengan berkata: "Wahai Rasullullah, anakku ini yang akan berkhidmat kepadamu maka terimalah ia". Lalu, hiduplah Anas di dalam rumahtangga Nabi SAW hingga menjadi seorang sahabat yang paling baginda SAW sayangi dan cintai. Anas pernah menceritakan detik-detik awal beliau diserahkan kepada baginda Nabi SAW: “Ketika aku diserah kepada Nabi umurku hanya berumur 10 tahun.

Beliau meriwayatkan sunnah Nabi SAW daripada baginda SAW sendiri. Selain itu, beliau turut meriwayatkan dari Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Rawahah, Fatimah binti Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi sahabat Nabi SAW.

Manakala para periwayat yang mengambil hadis dan sunnah dari beliau pula termasuklah Hasan Al-Basri, Sulaiman At-Taimi, Abu Qilabah, Abu Majlaz, Abdul Aziz bin Suhaib,Isak bin Abu Thalhah, Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzani, Qatadah dan Thabit Al-Banani, Muhammad bin Sirin,Ibnu Shihab Az-Zuhri, Rabiah bin Abdul Rahman, Yahya bin Said Al-Ansari,Said bin Jubair serta ramai lagi.

Beliau yang dijoloki oleh Nabi SAW dengan Abu Hamzah dikenali sebagai seorang yang cerdas fikiran dan cergas fizikalnya, kuat beribadat, selain kurang berkata-kata.Abu Hurairah mengungkapkan: “Aku tidak pernah melihat seseorang menyamai ibadatnya kepada Allah Taala dengan Rasulullah SAW selain dari anak lelakai Ummu Sulaim” (Anas bin Malik).

Rasulullah SAW pernah mendoakan Anas: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah beliau dengan harta dan anak-nak yang banyak, serta panjangkanlah umurnya, berkatilah beliau serta mesukkanlah beliau ke dalam syurga”. Oleh itu, Anas telah dikurniakan dengan harta benda yang melimpah ruah, dengan anak-anak seramai 120 orang lebih serta umurnya yang panjang sehingga 100 tahun.

Beliau juga terkenal sebagai seorang ilmuan, malah beliau turut meriwayatkan sebanyak 2286 buah hadis. Di dalam riwayat As-Sahihain, terdapat 318 hadis manakala di dalam Sahih Al-Bukhari sebanyak 80 hadis dan di dalam Sahih Muslim pula ialah 70 hadis.

Ketika kekuasaan Abu Bakar As-Siddiq, Anas pernah dihantar untuk memungut sedekah (zakat) di Bahrain, kemudian ke Basra sebelum pulang ke Madinah. Beliau menembuskan nafasnya yang terakhir di Basra pada tahun 94 Hijrah. Dan Anas bin Malik adalah sahabat Nabi SAW yang terakhir yang wafat di Basra.

Dari Qatadah dari kalangan tabi’in: apabila wafat Anas bin Malik, telah berkata kebanyakan orang: “Hari ini (ketika kematian Anas) telah luput sebahagian dariilmu, lalu berkata mereka yang lain: “Bagaima pula ini boleh terjadi? Lalu berkata yang lainnya: “Ketikamana seorang ahli hawa dating dengan membelakangi hadis-hadis kami, maka kami akan berkata kepada mereka: silalah kamu datangdan dengarlah sendiri dari orang yang telah mendengarnya dari Nabi SAW, iaitulah Anas bin Malik khadam baginda Nabi SAW.

- Abu Iyash -




Read more...

الفترة بعد المجاهدة من فساد الأبتداء (Lemah semangat selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk)



Dalam kehidupan manusia seharian, terdapat berbagai cabaran dan rintangan yang mengelilingi di sekitarnya pada setiap saat dan detik perlu dilalui. “Nak tak nak” kita semua mesti menempuhinya dalam perbagai bentuk dan keadaan. Bak kata pepatah “Berani hidup bererti berani menempuh segala rintangan”

Bagi memastikan segala cabaran atau ujian yang bakal dihadapi berjaya diatasi dan dikawal, manusia semestinya memiliki semangat (Mujahadah) atau usaha yang digunakan secara maksimum dan berterusan. Namun dalam waktu kita bersemangat terdapat juga kisah-kisah tragis yang sering kita lihat dan dengar yang kadang-kala terjadi pada diri sendiri atau pada orang lain. Sebagai satu contoh, dalam waktu yang seketika , kita pernah berasa begitu bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan. Selalunya pada permulaan sesuatu pekerjaan atau amalan. Sebagai contoh kita melihat Si A pada permulaannya bergitu bersemangat menghafal Al-quran, belajar, atau mengulangkaji pelajaran setiap pagi dan petang. Malangnya dalam beberapa bulan, minggu, atau beberapa hari sahaja setiap rutin yang selalu dilakukan oleh Si A ditinggalkan begitu saja bahkan diganti dengan rutin yang sebaliknya seperti membuang masa, bersembang kosong, atau tidak melakukan apa-apa. Setiap hari yang dilaluinya menjadi tawar dan tidak berguna berbeza daripada waktu dipermulaannya.

Fenomena diatas merupakan fenomena yang seringkali terjadi dalam kehidupann manusia baik dalam keadaan sedar atau tidak. Ia bukan hanya terjadi pada golongan pelajar saja, bahkan sering juga terjadi pada pekerja-pekerja yang bekerja dalam segenap sektor pekerjaan. Fenomena Futur ( lemah semangat ) selepas berusaha merupakan satu fenomena yang telah lama dibincangkan oleh para ulama’ du’at sehingga terungkaplah dari mereka satu kata-kata yang singkat, indah lagi bermakna iaitu :

الفترة بعد المجاهدة من فساد الأبتداء
(Lemah semangat selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk)

Sudah menjadi satu sunnah, bahawa sesiapa yang bemula dengan permulaan yang buruk, akan menjadi lemah semangat pada pertengahannya. Maksud dengan permulaan disini ialah niat, niat yang menjadi asas atau tunjang kepada segala harakah (pergerakan) dalam kehidupan. Niat yang baik akan memberi natijah atau impak yang positif pada pengamalnya. Seseorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan kerana Allah tidak akan terkesan dengan segala rintangan atau anasir-anasir yang datang menganggunya ditengah perjalanan malah akan tetap terus thsabat dalam melakukannya.

Sebaliknya, niat yang buruk akan memberi kesan yang sebaliknya. Pada permulaannya dilihat memang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, malangnya ketetapan telah menetapkan bahawa segala niat yang diniatkan kepada selain Allah akan terbantut di pertengahan perjalanannya malah akan hancur segala harapannya serta mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

ما كان لله دام واتصل **** و ما كان لغير الله انقطع وانفصل
((Setiap perkara yang dilakukan kerana Allah, akan berterusan dan bersambungan , manakala setiap perkara yang dilakukan bukan kerana Allah akan terputus dan tercerai))


وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا

((Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.))

Inilah neraca atau kayu pengukur bagi melihat keikhlasan seseorang itu dalam melakukan sesuatu urusan.sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan, insyaAllah Allah akan mengurniakan kesabaran dan ketetapan hati dalam melakukannya Kepada para pembaca yang budiman, sekarang adalah waktu untuk kita beramal, jangan tunggu-tunggu lagi, berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara dan sertakan niat yang ikhlas sebelum melakukan sesuatu amalan. Sentiasalah bermuhasabah selepas melakukan sesuatu perkara serta serulah manusia untuk kembali kepada Allah dan kembali menjadikan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Ingatlah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan dan sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan hambanya yang Muhsinin (ikhlas).




- Abu Muslim -





Read more...

AISHAH UMMUL MUKMININ (9SH-58H)

Beliau ialah Sayyidatina Aishah binti Abu Bakar As-Siddiq, salah seorang ummahatul mukminin (isteri Rasulullah SAW). Beliau dikawini oleh Rasulullah SAW ketika masih di Mekah semasa umurnya 7 tahun,tetapi dicampuri oleh baginda SAW selepas hijrah ke Madinah. Aishah sempat bersama baginda dalam alam rumahtangga selama 8 tahun 5 bulan, dan merupakan antara isteri-isteri yang paling baginda sayangi. Maka hiduplah beliau di bawah asuhan secara langsung dari Nabi Muhammad SAW.

Sayyidatina Aishah adalah seorang yang cerdik serta rajin dalam menuntut ilmu. Beliau juga adalah individu yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW lantaran kedudukan beliau sebagai isteri baginda SAW. Para sahabat baginda SAW yang lain seringkali merujuk kepada beliau untuk mendapatkan riwayat-riwayat hadis selain hukum-hakam agama. Malah beliau juga adalah seorang yang sangat faqih di antara isteri Nabi SAW dan menjadi pakar rujuk walaupun selepas kewafatan baginda Nabi.

Beliau juga terkenal seorang yang sabar dan tabah. Ini dapat dilihat dari peristiwa yang dikenali sebagai 'ifik' iaitu satu kejadian yang berpunca dari kaum munafiqin Madinah yang beliau telah berzina dengan salah seorang sahabat, Safwan ketika dalam perjalanan pulang dari satu peperangan. Namun, Maha Kaya Allah SAW telah membersihkan nama baik beliau dengan firman Al-Quran dalam Surah An-Nur. Selain itu, kesabaran serta ketabahan beliau juga teruji semasa menghadapi 'zaman fitnah' iaitu ketika menghadapi Saidina Ali bin Abu Talib dalam 2 peperangan iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin.


Ummul Mukminin ini mengambil periwayatan secara terus dari baginda Nabi SAW, selain dari ayahnya Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Fatimah puteri Rasulullah SAW, Saad bin Abi Waqqas, Usaid bin Hudhair, Juzamah binti Wahab dan Hamzah bin Amru.
Manakala para sahabat yang mengambil periwayatan dari beliau pula termasuklah Umar dan anaknya Abdullah, Abu Hurairah, Abu Musa Al-Asy'ari, Zaid bin Khalid, Ibnu Abbas, Rabi'ah bin Amru, Saib bin Yazid dan lain-lain. Dan dari kalangan tabi'en pula ialah Qasim dan Abdullah bin Muhammad bin Abu Bakar, Urwa bin Zubair, Said bin Musayyib, Amru bin Maimun,Alqama bin Qais, Masruq, Abdullah bin Hakim, Al-Aswad bin Yazid dan ramai lagi.

Abu Musa pernah berkata: "Apabila kami (para sahabat) mempunyai kemusykilan dalam hadis Nabi SAW maka kami akan merujuk kepada Aishah". Dan dari Qabisah bin Zuaib pula katanya: "Sesungguhnya Aishah orang yang paling alim dan menjadi pakar rujuk kepada para sahabat. Urwah dari kalangan tabi'en pula berkata: "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih alim dari beliau", manakala dari Ali bin Mashar, katanya: "Beliau adalah orang yang paling arif dalam ilmu Al-Quran, halal dan haram, syair dan hadis".

Periwayatan Sayyidatina Aishah binti Abu Bakar dalam hadis nabawi SAW berjumlah 2210 buah hadis. Di dalam riwayat As-Sahihain jumlahnya 316 hadis; yang disepakati oleh kedua-duanya ialah 193. Manakala yang terdapat dalam Sahih Al-Bukhari sebanyak 53 hadis dan dalam Sahih Muslim pula berjumlah 68 hadis. Selain itu, hadis-hadis dari beliau juga turut dimuatkan dalam kitab-kitab hadis yang lain seperti kitab sunan dan musnad.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Selasa 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah, ,iaitu yang termasyhur di kalangan ahli sejarah.


- Abu Iyash -





Read more...

Bagaimana Memahami "Ikhlas !!!!"



Ikhlas diambil dari makna suci, murni dan tidak dicampur oleh sesuatu yang lain demi menjaga kesucian daripada tercemar. Ibarat kain putih yang belum dinodai oleh sesuatu. Ikhlas merupakan sifat pertama yang wajib ada bagi setiap orang yang inginkan peningkatan kualiti iman dan diri. Pada keluaran lalu telah dibicarakan bahawa proses tarbiah amat memerlukan beberapa individu dan rijal yang mempunyai beberapa sifat-sifat asas, sudah pasti ikhlas adalah sifat pertama yang perlu ditanam dalam setiap diri generasi tarbiah.
Ikhlas yang akan membezakan amalan sama ada ibadah ataupun adat. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama" (az-Zumar : 11) Jika kita berazam ingin merubah diri kepada syakhsiah yang lebih baik, ikhlas ialah titik permulaan yang amat penting. Hanya memerlukan beberapa kefahaman dengan adanya susulan amalan yang berterusan.

Kepentingan ikhlas dalam tarbiah.



1-Setiap amalan hanya kerana Allah ta’ala semata-mata.
Ikhlas tempatnya hati. Ia juga satu-satunya rahsia diantara Tuhan dengan empunya hati hatta syaitan dan malaikat pun tidak mengetahuinya. -Junaid dalam kitab madarij salikin. Mengapa hati?...Di sinilah tumpuan serangan-serangan musuh utama manusia iaitu syaitan yang sentiasa cuba merosakkan syakhsiah muslim. Apabila rosaknya hati maka rosaklah marhalah tarbiah islamiah.
Isi tarbiah merangkumi seluruh kehidupan muslim. Tarbiah islamiah ialah dengan menjadikan kehidupan ini berada dalam kekuasaan Allah ta’ala dan menyerahkan jiwa raga hanyalah kepada Allah. Firman Allah ta'ala: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)." (al-An'am :162,163)



2-Menjelaskan tujuan tarbiah
Memusatkan setiap amalan kerana Allah ta’ala dengan mengenepikan segala habuan dunia yang tersasar. Jelas bagi kita hanyalah islam yang kita bawa dan halatuju yang sebenar ialah mencari keredhaan dan syurga Allah ta’ala. Imam al-Muhasibi rahimahumullah berkata:
الإخلاص إخراج الخلق من معاملة الله تعالى، والنفس أول الخلق
Ikhlas ialah mengeluarkan sesuatu benda dalam hubungan dengan Allah ta’ala, dan nafsu adalah benda yang pertama.”

Adakah kita masih ingat apa yang berlaku dalam perjanjian Aqobah? Setelah selesai perjanjian, para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang habuan hasil persetujuan tersebut. Nabi s.a.w menjawab: Ganjarannya hanyalah syurga. Dengan tujuan itulah mereka pulang membawa isi kandungan bai’ah untuk memberikan didikan dan tarbiah kepada penduduk Madinah sehingga berjaya mengislamkan lebih kurang tujuh puluh orang semasa hijrah nabi ke Madinah. Hasil yang lumayan… hanya demi meraih syurga.

3-Menjauhi syirik kecil dan besar.
Fudhail bin ‘Iyadh berkata: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya', beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas ialah menyelamatkan engkau oleh Allah ta'ala daripada kedua-duanya.
Tiada dosa yang akan diampunkan Allah ta’ala selain syirik.bukan sahaja syirik besar, malah syirik kecil seperti riak juga dihitung Allah ta’ala kerana ia umpama hijab yang melindungi amalan daripada diterima Allah. Riak juga termasuk dalam sifat orang munafik. Firman Allah ta’ala: “Mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (an-nisa’ : 142)



Dalam sunan ibn Majah meriwayakan daripada ‘Aus bin Shaddad : Aku pernah melihat Nabi s.a.w menangis. Aku bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis ya Rasulullah. Rasulullah pun menjawab: Aku takut syirik yang akan menimpa umatku. Bukanlah syirik mereka yang menyembah patung-patung atau matahari atau bulan ataupun batu-batu. Tetapi mereka ialah yang riak(suka menunjuk-nunjuk) dalam amalan mreka.



Tanda-tanda ikhlas:
1- Rasa kekurangan pada diri dan tidak tertipu dengan amalan.
Firman allah ta'ala: “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut(wajilah), (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka." (al-Mukminun : 60)



Daripada ayat di atas, Imam Ahmad meriwayatkan bahawa saidatina 'aisyah berkata: makna orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut(wajilah) ialah mereka yang mencuri, berzina, minum arak dalam keadaan mereka takut kepada Allah ta'ala. Rasulullah menjawab: Bukan begitu wahai anak perempuan as-siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang menunaikan solat, puasa dan bersedekah dalam keadaan takut kepada Allah ta'ala.



Sentiasa merasa kekurangan pada diri berbanding orang lain. Daripada kinanah bin jiblah berkata: abu bakar bin Abdullah berkata: jika kamu melihat orang yang lebih tua dari kamu, katakanlah: dia telah mendahului aku dengan iman dan amal soleh. Maka dia lebih baik dariku. Dan apabila melihat orang yang lebih muda darimu, katakanlah: aku telah mendahuluinya dengan dosaku dan maksiatku. Maka dia lebih baik dariku.



2- Tidak menghiraukan pujian dan celaan
Tidak merasa suka apabila dipuji dan merasa sedih apabila dicela. Saidina Umar berkata:


المدح هو الذبح maksudnya ialah: Pujian adalah seperti penyembelihan. Bermakna pujian boleh menyembelih atau menghapuskan niat asal kita. Ikhlas akan mengekalkan tujuan dan niat kita. Pujian akan meninggalkan dua perkara: 1-sifat takabbur dan 'ujub 2-perasaan gembira apabila dipuji sehingga bangkit sifat futur dan merasa cukup dengan perbuatannya.



Pernah seorang lelaki bertanya kepada Yahya bin Mu’az: Bilakah seorang hamba itu ikhlas? Beliau menjawab: Apabila sifatnya menjadi seperti bayi, tidak peduli siapa yang memuji atau mencacinya.



3- Menyembunyikan ketaatan
Ikhlas bukanlah sesuatu yang perlu ditonjolkan atau dikhabarkan kepada orang ramai, tetapi ikhlas ialah sifat yang tersembunyi Syabibah bin Nu’man berkata: Ali bin Hussin adalah seorang yang bakhil, setelah beliau meninggal dunia, didapati bahawa beliau telah memberi makan seratus ahli bait di madinah.
Kata imam al-Muhasibi rahimahumullah: Barangsiapa yang berusaha dalam sembunyinya Allah akan mewarisinya kebaikan dalam muamalahnya secara zahir, dan barangsiapa yang memperbaiki muamalahnya secara zahir serta berusaha menyembunyikannya Allah akan mewarisi hidayah kepadanya. Firman Allah ta'ala: "wallazina jahadu fina lanahdiyannahum subulana wainnallahalama'almuhsinin"
Cukup sahaja untuk kali ini beberapa perkara yang perlu kita fahami mengenai ikhlas. Seorang muslim tidak boleh terbatas hanya dengan teori dan maklumat yang ada, tetapi perlu disertakan dengan amal yang berterusan..Inilah buah atau hasil daripada iman yang benar. Ikhlaskan niat kita dalam setiap amalan, pasti kita tidak akan rugi.




- Abu Huzaifah -

Read more...

Masihkah Kita Berdiam Diri


Kekuatan Islam semakin lama semakin tergugat dan pudar. Tersepit di celah undang-undang wadh’ei(buatan manusia) yang mengaburkan mata manusia. Hati-hati menjadi semakin malap dilindungi kilauan dunia yang palsu semata-mata. Masa semakin jauh menyedarkan kita tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul semakin berat.

Manusia semakin lalai, tidak sedar tentang tugas sebenar mereka. Kita tidak hairan jika mereka ini orang-orang kafir dan kufur dengan perintah Allah kerana mereka hanya menyeru kepada kemungkaran dan kesesatan yang nyata. Amat menyedihkan apabila kita sedar bahawa mereka ini terdiri daripada ahli keluarga, sahabat karib dan masyarakat sekeliling kita yang beriman kepada Allah ta’ala dan rasulNya. Mereka bersikap nafsi-nafsi bak kata pepatah “kubur lain-lain”, hanya memperbaiki diri sendiri dengan tanggapan dapat melepaskan diri sendiri dari ancaman dunia dan akhirat.

Ada diantara mereka yang mempunyai tanggapan bahawa jika dia sudah memperbaiki dirinya maka ia sudah tidah berkewajipan lagi untuk memperbaiki orang lain. Hujah yang digunakan ialah ayat al-quran:

Firman Allah ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah : 105)

Hujah ini hanya digunakan oleh orang-orang yang suka bermalas-malasan, hanya suka mengasingkan diri, takut dan pengecut untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Mereka merasa cukup bagi mereka beramal untuk diri mereka tanpa menghiraukan yang lain. Ini bermakna mereka mempunyai sikap mementingkan diri yang hanya akan membinasakan diri mereka sendiri. Tidak faham dan tidak tahu membezakan antara hukum fardhu dan sunat atau penting dengan yang lebih penting.

Tanggapan itu adalah suatu fahaman yang salah terhadap maksud ayat ini kerana ayat ini tidaklah bermaksud melarang kita daripada menyuruh kepada al-ma’ruf, melarang al-mungkar atau berjihad. Tetapi sebenarnya ayat ini menceritakan tentang orang-orang yang sesat di mana kesesatan mereka tidak akan membabitkan kita di sisi Allah ta’ala kerana mereka bertanggungjawab sendiri di atas perbuatan masing-masing dan kita bertanggungjawab sendiri atas perbuatan kita. Sesungguhnya para salafussaleh telah mentafsirkan ayat ini dengan tafsiran yang lain daripada orang-orang itu. -Jundullah, Said Hawwa

Daripada Qois bin Abi Hazim berkata, Abu Bakar r.a sesudah beliau menaiki mimbar dan memuji Allah, beliau berkata: Wahai manusia sesungguhnya kamu membaca ayat “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan kepadamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.” Sesungguhnya kamu meletakkannya bukan pada tempatnya. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka semua.

Dikeluarkan oleh ibnu Jarir daripada Sa’id bin Musayyab berkata tentang ayat itu: Apabila kamu sudah menegakkan al-ma’ruf dan mencegah al-mungkar, barulah tidak membahayakan kamu orang yang telah sesat bila kamu telah mendapat petunjuk. Huzaifah bin al-Yemen pun menafsirkan perkara yang sama tentang ayat berikut. Orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang mengambil Islam sebagai manhaj hidup secara syumul(menyeluruh) dan Islam tidak akan bersifat syumul tanpa dakwah amrbilma’ruf wannahyu‘anilmungkar.

Kita dapat membuat kesimpulan bahawa kita dituntut melakukan dua perkara:

1- Merelakan diri untuk diperbaiki dalam proses tarbiah.

2- Beramal menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dalam proses dakwah.

Dua proses yang amat berkait rapat untuk perkembangan Islam. Bangunlah dan buanglah semua tanggapan salah tentang Islam. Islam bukanlah satu agama yang statik dan hanya berada pada satu tempat, tetapi ia adalah agama yang bergerak ke seluruh tempat dan zaman, risalah yang diperjuangkan sebenarnya untuk sekalian umat di bumi. Bergeraklah dan bertiuplah seperti angin, bukan seperti buih-buih yang hanya bertebaran di pandangan mata, tetapi hanya dalam waktu yang singkat!!!...

-Wallahua’lam



- Abu Huzaifah -

Read more...

همك على قدر ما أهمك ((Kesibukan-mu terletak pada apa yang engkau agendakan))


Satu ungkapan atau satu pepatah Arab yang tidak boleh dipandang biasa, memang ia merupakan satu ungkapan yang pendek, tetapi ia merupakan satu ungkapan yang memberi satu makna atau satu alamat yang menceritakan tentang segala pergerakan(harakah) yang beredar disekitar kehidupan manusia …

همك على قدر ما أهمك

Kita semua pernah berasa begitu sibuk, tiada masa, banyak kerja, (masygul) dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga akan sentiasa sibuk untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi, dalam konteks seorang plajar pula dia akan sibuk untuk mendapatkan kecemerlangan atau lulus dalam peperiksaan dan memang semua manusia akan sentisa disibukkan dengan pelbagai agenda dalam kehidupannya. Disini dapat dilihat dalam segala pergerakan manusia dari segi fizikal (tubuh badan) & mental (pemikiran) akan bergerak atau sibuk mengikut kepada apa yang telah diagendakan atau dirancangnya. Masalahnya ialah, perkara apakah yang kita sibukkan? Adakah perkara yang kita sibukkan itu merupakan satu yang penting dalam kehidupan kita?.... Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis kesibukan dalam kehiupan manusia, ada yang begitu sibuk atau ghairah dengan PC Game, PS2,video game, menghantar SMS yang tidak berfaedah, mengulangkaji pelajaran, dan lain-lain.

Firman Allah :


والعصر * إن الإنسان لفي خسر * إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر*

(Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran)
(Surah Al-Asr)

Satu kaedah telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam ayat diatas iaitu :
• Manusia yang rugi ialah manusia yang tidak beriman kepada Allah.
• Manusia yang tidak beramal salih. (mengikut syara’).
• Menusia yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. (Amr makruf nahi munkar)

Sebaliknya, manusia yang beruntung ialah manusia yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, beramal salih dengan melakukan sesuatu perkara mengikut tuntutan syara’ serta sentiasa beristiqomah menyeru manusia kepada kebenaran dan kesabaran .

Iman itu satu sistem yang mengumpul berbagai-bagai kegiatan dan amalan dan mengembalikannya kepada satu sistem, di mana kegiatankegiatan itu menjadi selaras, saling bantu membantu dan menuju ke satu jalan dan satu harakat yang mempunyai satu motif dan satu matlamat yang tertentu. Kerana itulah al-Qur'an mensia-siakan nilai segala amalan yang tidak berasal dari punca iman dan tidak terikat kepada paksi iman. Pandangan Islam dalam perkara ini amat jelas. Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Ibrahim

مثل الذين كفروا بربهم أعمالهم كرماد اشتدت به الريح في يوم عاصف لا يقدزون مما كسبوا على شيء ....
18. "Bandingan amalan orang-orang yang kafir terhadap Tuhan mereka sama seperti abu yang ditiup angin pada hari ribut yang kencang. Mereka tidak dapat mengambil faedah sesuatu apa dari amalan-amalan yang mereka usahakan (di dunia)."
(Surah Ibrahim)

Firman-Nya lagi dalam Surah an-Nur:

والذين كفروا أعمالهم كسراب بقيعة يحسبه الظمئان ماء حتي إذا جاءه لم يجده شيئا....
39. "Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah sama seperti bayangan air di padang datar, di sana si dahaga menyangkakannya air, tetapi apabila ia datang ke tempat itu, ia tidak dapati air sedikit pun." (Surah An-Nur)

Ini adalah nas-nas yang sorih yang menunjukkan seluruh amalan itu adalah sia-sia dan tidak berharga selama ia tidak bersandar kepada iman, kerana iman itulah yang membuat amalan itu mempunyai motif yang bersambung dengan Allah dan mempunyai matlamat yang sesuai dengan tujuan wujudnya di 'alam ini. Inilah pandangan 'aqidah Islam yang logik yang mengembalikan segala sesuatu kepada Allah. Sesiapa yang putus hubungan dengan Allah, akan putuslah ia dan akan hilanglah hakikat tujuannya.
Oleh itu bersegeralah melakukan amalan dengan ikhlas hanya kerana Allah semata-mata. Amalan yang dilakukan dengan ikhlas hendaklah bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah di samping mengharapkan penerimaan dan keredhaan dari Allah Taala. Selamat beramal.
-Abu Muslim-

Read more...

ABU AYYUB AL ANSHARY

Sahabat yang mulia ini bernama :KHALID BIN ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar. Gelarnya Abu Ayyub, dari golongan Anshar. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum mengenal Abu Ayyub Al Anshary?
Nama dan derajatnya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur maupun di Barat. Karena Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Abu Ayyub.
Bertempatnya Rasulullah di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis untuk diulang-ulang dan enak untuk dikenang-kenang.

Setibanya Rasulullah di Madinah, baginda disambut dengan hati terbuka oleh seluruh penduduk, baginda dialu-alukan dengan kemuliaan yang belum pernah diterima seorang tamu atau utusan manapun. Seluruh mata tertuju kepada baginda memancarkan kerinduan seorang kekasih kepada kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati lebar-lebar untuk menerima kasih sayang Rasulullah. Mereka buka pula pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia yang drindukan itu sudi bertempat tinggal di rumah mereka.


Sebelum sampai di kota Madinah,baginda berhenti lebih dahulu di Quba selama beberapa hari. Di kampung itu baginda membangun masjid yang pertama-tama didirikan atas dasar taqwa. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib mengendarai unta. Para pemimpin Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui beliau untuk kedatangannya. Masing-masing berebut meminta Rasulullah tinggal di rumahnya. Karena itu Sayyid demi Sayyid menghadang dan memegang tali untuk beliau untuk membawanya ke rumah mereka.
“Ya, Rasulullah! Sudilah Anda tinggal di rumah saya selama Anda menghendaki. menanti dan keamanan anda terjamin sepenuhnya.” kata mereka berharap.
Jawab Rasulullah, “Biàrkanlah unta itu berjalan ke mana dia mahu, karena dia sudah mendapat perintah.”


Unta Rasulullah terus berjalan. diikuti semua mata, dan diharap-harapkan seluruh hati. Bila untuk melewati sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, karena apa yang diangan-angankannya ternyata hampa.
Unta terus berjalan melenggang seenaknya. Orang banyak mengiringi di belakang. Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya ditempati tamu dan kekasih yang mulia ini.
Sampai di sebuah lapangan, yaitu di muka halaman rumah Abu Ayyub Al Anshary unta itu berlutut. Rasulullah tidak segera turun dan punggung unta. Unta itu disu ruhnya berdiri dan berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, untuk berlutut kembali di tempat semula.
Abu Ayyub mengucapkan takbir karena sangat gembira. Dia segera mendekati Rasulullah dan melapangkan jalan bagi beliau. Diangkatnya barang-barang beliau dengan kedua tangannya, bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia.
Lalu dibawanya ke rumahnya

Rumah Abu Ayyub bertingkat tingkat atas dikosongkan dan dibersihkannya untuk tempat tiniggal Rasulullah. Tetapi Rasuluulah lebih suka tinggal di bawab. Abu Ayyub menurut saja di mana beliau senang. Setelah malam tiba, Rasulullah masuk ke kamar tidur. Abu Ayyub dan isterinya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata kepada isterinya, “Celaka....! Mengapa kita sebodoh ini. Pantas kah Rasulullab bertempat di bawah, sedangkan kita berada lebib tinggi dari beliau” Pantaskah kita berjalan di atas beliau? Pantaskah kita menghalangi antara Nabi dan Wahyu? Nescaya kita celaka!”

Kedua suami isteri itu bingung, tidak tahu apa yang harus diperbuat Tidak berapa lama berdiam diri, akhirnya mereka memilih bilik yang tidak setentang dengan bilik Rasulullah Mereka berjalan berjingkit-jingkit untuk menghindarkan suara telapak kaki mereka. Setelah hari Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah : kami tidak tidur sedikit pun pun malam ini. Baik aku maupun ibu Ayyub”
“Mengapa begitu?” tanya Rasulullah
“Aku ingat, kami berada di atas sedangkan Rasulullah Yang kami muliakan berada di bawah. Apabila bergerak sedikit saja, abu berjatuhan mengenai Rasulullah. Di samping itu kami mengalingi Rasulullah dengan wahyu,” kata Abu Ayyub menjelaskan “Tenang sajalah, hai Abu Ayyub. Saya lebih suka bertempat tinggal di bawah, karena akan banyak tamu yang datang berkunjung.”

Kata Abu Ayyub, “Akhirnya saya mengikuti kemauan Rasulullah. Pada suatu malam yang dingin, bejana kami pecah di tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Kain lap hanya ada sehelai, karena itu air yang kami keringkan dengan baju, kami sangat kuatir kalau air mengalir ke ternpat Rasulullah. Saya dan Ibu Ayyub bekerja keras mengeringkan air sampai habis. Setelah hari Subuh saya pergi menemui Rasulullah.
Saya berkata kepada baginda, “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.

Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada baginda perihal bejana yang pecah itu. Karena itu Rasulullah memperkenankan kami pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub kurang lebih tujuh bulan. Setelah masjid Rasulullah selesai dibangun, beliau pindah ke kamar-kamar yang dibuatkan untuk beliau dan para isteri beliau sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu , Rasulullah menjadi tetangga dekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub suami isteri sebagai tetangga yang baik.
Abu Ayyub mencintai Rasulullah sepenuh hati. Sebaliknya baginda mencintainya pula, sehingga mereka saling membantu setiap kesusahan masing-masing. Rasulullah memandang rumah Abu Ayyub seperti rumah sendiri.

Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan ‘Umar ra.
“Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?”, tanya Umar.
Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!”
Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”
Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasuluflah rnuncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kalian di saat panas begini?”
Jawab mereka, ‘Demi Allah! Kami rnencarj makanan karena lapar.”
Kata Rasulullah, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya! Saya juga lapar. Nah! Marilah ikut saya.”

Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub Al Anshary. Biasanya Abu Ayyub selalu menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullab. Bila baginda terlambat atau tidak datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka tiba di pintu, Ibu Ayyub keluar menyongsonu mereka.
‘Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Ibu Ayyub.
“Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah.
Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurrna dekat rumah. Mendengar suara Rasulullah, dia bergegas rnenemui baginda.
“Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub.
Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Ya, Nabiyallah! Tidak biasanya Anda datang pada waktu sepert sekarang.
Jawab Rasulullah “Betul. hai Abu Ayyub!

Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang sudah kering, yang basah, dan yang setengah masak.
Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki engkau memotong kurma setandan begini. Alangkah baiknya jika engkau petik saja yang sudah kering.”
Jawab Abu Ayyub, “Ya, Rasulullah! Saya senang jika Anda suka mencicipi buah kering, yang basah, dan yang setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing un tuk.Anda bertiga.”
Kata Rasulullah, “Jika engkau menyembelih, jangan disembelih kambing yang sedang menyusui.”

“Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu disembelihnya. Dia berkata kepada Ibu Ayyub, “Buat adonan roti. Engkau lebih pintar membuat roti.”
Abu Ayyub membagi dua sembelihannya. Separuh digulainya dan separuh lagi dipanggangnya Setelah masak, maka dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat baginda. Rasulullah mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuah roti yang belum dipotong.

Kata baginda, “Hai Abu Ayyub! Tolong antarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari ini dia tidak mendapat makanan seperti ini.”
Selesai makan, Rasulullah berkata, “Roti, daging, kurma kering, kurma basah, dan kurma setengah masak.”— Air mata baginda mengalir ke pipinya.
Kemudian baginda bersabda ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! SesungguhnYa beginilah ni’mat yang kalian minta nanti di hari kiamat. Maka apabila kalian memperoleh yang seperti in bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah kenyang, baca tahmid: “Segala puji bagi Allah yang telah mengenyang kan kami dan memberi kami ni’mat.”
Kemudian Rasulullah saw. bangkit hendak pulang. Baginda berkata kepada Abu Ayyub, ‘Datanglah besok ke rumah kami!”
Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, apabila Seseorang berbuat baik kepadanya, beliau segera membalas dengan yang lebih baik. Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perkataan Rasulullah kepadanya. Lalu dikata oleh ‘Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang besok ke rumahnya.”

Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”
Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah Ra sulullah. Baginda memberi Abu Ayyub seorang gadis kecil untuk pembantu rumah tangga. Kata Rasulullah, ‘Perla kukanlah anak ini dengan baik, hai Abu Ayyub! Selama dia di tangan kami, saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil.
“Untuk siapa ini, Pak Ayyub?” tanya Ibu Ayyub.
“Untuk kita. Anak kita diberikan Rasulullah kepada kita,”jawab Abu Ayyub.
“Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada sekedar suatu pemberian’ “ kata Ibu Ayyub.
“Memang! Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu Ayyub. “Bagaimana selayaknya sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?” tanya Ibu Ayyub.
“Derni Allah! Saya tidak rnelihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,” jawab Abu Ayyub.
“Kakanda benar-benar mendapat hidayah Allah. Jika kakanda setuju begitu, baiklah kita merdekakan dia,” kata Ibu Ayyub menyetujui.
Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan.

ltulah sebagian bentuk nyata celah-celah kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk Islam. Kalau dipaparkan celah-celah kehidupannya dalam peperangan, kita akan tercengang dibuatnya. Sepanjang hayatnya Abu Ayyub hidup dalam peperangan. Sehingga dikatakan orang, “Abu Ayyub tidak pernah absen dalam setiap peperangan yang dihadapi kaum muslimin sejak masa Rasulullah sampai dia wafat di masa pemerintahan Mu ‘awiyah. Kecuali bila dia sedang bertugas dengan suatu tugas penting yang lain.’’

Peperangan terakhir yang ikutinya, ialah ketika Mu awiyah mengerahkan tentara muslimin merebut kota Konstantinopel. Abu Ayyub seorang prajurit yang patuh dan setia. Ketika itu dia telah berusia lebih delapan puluh tahun. Suatu usia yang boleh dikatakan usia akhir tua. Tetapi usia tidak menghalanginya untuk bergabung dengan tentara muslimin di bawah bendera Yazid bin Mu’awiyah. Dia tidak menolak rnengharufngi laut, membelah ombak untuk berperang fi sabilillah. Tetapi belum berapa lama dia berada di medan tempur menghadapi musuh, Abu Ayyub jatuh sakit. Abu Ayyub terpaksa istirahat di perkemahan, tidak dapat melanjutkan peperangan karena fisiknya sudah lemah.

Ketika Yazid mengunjungi Abu Ayyub yang sakit, panglima ini bertanya, “Adakah sesuatu yang Anda kehendaki, hai Abu Ayyub?”
Jawab Abu Ayyub, ‘Tolong sampaikan salam saya kepada seluruh tentara muslimin. Katakan kepada mereka, Abu Ayyub berpesan supaya kalian semuanya terus maju sampai ke jantung daerah musuh. Bawalah saya beserta kalian. Kalau saya mati, kuburkan saya dekat pilar kota Konstantinopel!”

Tidak lama sesudah ia berkata demikian, Abu Ayyub menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia wafat menemui Tuhannya di tengah-tengah kancah pertempuran.
Tentara muslimin memperkenankan keinginan sahabat Rasulullah yang mulia ini. Mereka berperang dengan gigih, menghalau musuh dari satu medan ke medan tempur yang lain. Sehingga akhirnya mereka berhasil mencapai pilar-pilar kota Konstantinopel, sambil membawa jenazah Abu Ayyub.

Dekat sebuah pilar kota Konstantinopel niereka menggali kuburuan, lalu mereka makamkan jenazah Abu Ayyub di sana, sesuai dengan pesan Abu Ayyub.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Ayyub. Dia tidak ingin mati kecuali dalam barisan termpur yang sedang berperang fi sabiillah. Sedangkan usianya telah mencapai delapan puluh tahun. Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!


-Abu Iyash -







Read more...

Kuantiti kepada Kualiti



Nyawa Islam masih dalam bahaya. Ombak musibah masih lagi menapis umat Islam dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa. Kematian umat islam bukan sahaja mengurangkan bilangan tentera mujahid islam, tetapi ia juga melayangkan jiwa-jiwa umat Islam biasa. Pertamanya ialah kematian dalam pergolakan dan peperangan yang berlaku atas dasar permusuhan agama yang telah merobek dan menjajah beberapa negara Islam. Kedua ialah kematian yang berlaku disebabkan kejahilan umat islam sendiri iaitu permusuhan sesama sendiri yang menyebabkan berlakunya pembunuhan. Ketiga ialah kematian dalam musibah bala bencana alam dari Allah ta’ala seperti gempa bumi, ombak tsunami, gunung berapi dan banyak lagi. Dengan ketiga-tiga bentuk kematian ini sebenarnya boleh mengurangkan kuantiti umat Islam dengan pesat.


Adakah kuantiti penting bagi Islam?

Kuantiti umat sebenarnya amat penting dalam proses kebangkitan Islam dan agama Islam sebenarnya menggalakkan proses penambahan umat. Tetapi ia mestilah diseimbangi dengan penekanan kualiti. Jika tidak, kuantiti yang banyak tidak akan bermakna.

Al-quran mencela golongan majoriti apabila di dalamnya hanya diisi dengan orang-orang yang tidak berakal, tidak berilmu, tidak beriman dan tidak bersyukur -Yusuf al-Qardhawi –sepertimana yang disebutkan di dalam al-quran dalam beberapa ayat :

"... akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya." (al-Ankabut: 63)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (al-A'raf:187)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman." (Hud:17)

"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (al-Baqarah: 243)

Hadits Nabi menggesa supaya memperbanyakkan jumlah umatnya: "Menikahlah kamu, kemudian berketurunanlah, agar jumlah kamu menjadi banyak, karena sesungguhnya aku bangga dengan jumlahmu yang banyak atas umat-umat yang lain." Jadi, bilangan manusia yang banyak hanya menempah kesusahan dan huru-hara jika tidak ada orang-orang saleh dan beriman serta mempunyai kefahaman yang mampu bergerak meningkatkan kualiti syakhsiah umat. Yang penting ialah memperbanyakkan golongan mukmin yang soleh dan faham tujuan hidup mereka bukan yang merosakkan hidupnya dan masyarakat. Tidak bermakna kuantiti tanpa kualiti.

Mendidik kuantiti kepada kualiti.

Kuantiti umat islam yang kita miliki sekarang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan adat yang berbeza. Namun kepelbagaian ini mempunyai guru dan petunjuk yang satu. Jadi amat baik jika kita ambil beberapa panduan dari masdar(al-quran) ini untuk mendidik dan mentarbiah kuantiti yang dimiliki kepada kualiti. Kita hanya akan mengutarakan beberapa noktah-noktah penting sahaja pada keluaran kali ini dan kami akan melanjutkan penerangannya pada keluaran akan datang insya Allah.

Kualiti yang kita maksudkan ialah dengan menjadikan kita dan umat islam seluruhnya beramal dengan ajaran islam yang sebenar bermula dari kefahaman yang betul. Bukan hanya menganut pada nama tetapi dengan iman yang tidak ada padanya sebarang keraguan dan syak. Eloklah kita berfikir sejenak tentang beberapa firman Allah yang boleh dijadikan nuqtah al-intilaq dalam proses tarbiah.

1– Ikhlas
Firman Allah ta’ala: “Katakanlah sesunguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya dalam(menjalankan) agama.” (az-zumar : 11)

2– Beramal

Firman Allah ta’ala: “Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri(kewajipanmu) sendiri, padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakah kamu berfikir?” (al-Baqarah : 44)

3- Taat

Firman Allah ta’ala: “Sesungguhnya jawapan orang-orang mumin bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul dihukum dan mengadili di antara mereka ialah ucapan “kami dengar dan kami patuh” dan itulah orang-orang yang beruntung.” (an-Nur : 51)

4– Pengorbanan

Firman Allah ta’al: “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah ta’ala dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (al-Baqarah : 207


-Abu Huzaifah -






Read more...

Friday, 10 July 2009

Kepelbagaian Dakwah Jamaah ( Kajian & Rumusan )

Kehidupan kini yang dipenuhi oleh nuansa-nuansa metarialistik, permainan nafsu yang bertebaran, serta isme-isme dan anasir-anasir Jahiliyyah yang datang menyerang secara ganas dan begitu tersusun menyerang Ummah Islamiyyah . Keadaan yang begitu menggerunkan serta menggoncangkan keimanan seorang Mukmin Al-Haq (Believer) dalam menempuhi kehidupan seharian sebagai seorang muslim . Kepada Ummah Islamiyyah secara umumnya dan kepada Harakah Islamiyyah secara khususnya haruslah menyediakan serta melengkapkan kepada anak-anaknya bekalan dalam menghadapi tribulasi kehidupan yang serba menawan dan mencabar kini. Secara zahirnya , kebanyakan manusia terutamanya ummat Islam hanya mampu melihat dan menonton keadaan mereka yang begitu tragis tanpa melakukan apa-apa dalam mengembalikan dan menegakkan kembali kebangkitan Islam (Sohwah Islamiyyah) serta Ke-Izzahan (Kemulian) ummah.

Dalam keadaan sebegini yang amat merisaukan, disana ada juga kedengaran suara-suara sumbang diantara aktivis-aktivis dakwah sesama mereka .Mereka saling tidak berkesefahaman & bertelingkah diantara mereka. Akibatnya ialah, berlakunya perpecahan diantara mereka , tersebarnya umpatan-umpatan (Ghibah) sesama mereka, banyaknya sangkaan-sangkaan buruk ( Suu’ Dzon ) , berlakunya Tajassus (mengintai serta mencari kesalahan2), terhapusnya Ukhuwwah Islamiyyah , atau Ukhuwwah Imaniyyah , lebih malang lagi akibat daripada keadaan sebegini yang tersebar luas yang menjadi faktor utama keruntuhan dan kelembapan gerakan dakwah secara keseluruhannya.




Dalam keadaan sebegini yang amat merisaukan, disana ada juga kedengaran suara-suara sumbang diantara aktivis-aktivis dakwah sesama mereka .Mereka saling tidak berkesefahaman & bertelingkah diantara mereka. Akibatnya ialah, berlakunya perpecahan diantara mereka , tersebarnya umpatan-umpatan (Ghibah) sesama mereka, banyaknya sangkaan-sangkaan buruk ( Suu’ Dzon ) , berlakunya Tajassus (mengintai serta mencari kesalahan2), terhapusnya Ukhuwwah Islamiyyah , atau Ukhuwwah Imaniyyah , lebih malang lagi akibat daripada keadaan sebegini yang tersebar luas yang menjadi faktor utama keruntuhan dan kelembapan gerakan dakwah secara keseluruhannya.
Hakikatnya , apabila kita melihat kepada medan-medan dakwah kini , akan mendapati disana terzahirnya kepelbagaian dakwah, yang bermaksud kepelbagaian jamaah, persatuan, dan parti-parti politik. Natijahnya ialah lahirnya berbagai-bagai tanggapan dan persepsi terhadap kepelbagaian yang berlaku dikalangan masyarakat secara umum dan dikalangan para aktivis dakwah secara khususnya. Ada dikalangan mereka mengharuskannya , disamping mereka pandai dan bijak dalam berinteraksi dengan kepelbagaian-kepelbagaian dakwah. Ada pula diantara mereka tidak bersetuju dan menentang secara keseluruhannya dengan mengemukakan beberapa pandangan dan pendapat yang tidak dapat diterima oleh keadaan (waqie’) semasa , disamping terzahirnya dihadapan mereka kepelbagaian dakwah telah berlaku. Maka , lahirlah beberapa perbezaan method dan uslub dalam mengkritik dan merawat keadaan ini.
Natijah daripada lahirnya beberapa tanggapan dan pandangan membawa kepada suasana yang buruk serta impak yang negatif pada amal Islami, sepertimana yang telah disebutkan diatas seperti perpecahan-perpecahan , pergaduhan serta timbulnya fitnah-fitnah yang melemahkan dan melembabkan perjalanan dakwah Islamiyyah disamping membuka ruang kepada musuh-musuh Islam merialisasikan perancangan jahat mereka keatas gerakan dakwah Islamiyyah.




Disebabkan oleh suasana-suasana tragis yang berlaku dimedan dakwah kini, maka disana kita melihat berdirinya beberapa aktivis-aktivis bertanya terhadap keharusan kepelbagaian dakwah, bagaimanakah uslub (Method) atau cara berinteraksi dengannya ?, apakah pendirian yang sebenar dalam menghadapinya?, serta bertanya “ siapakah yang benar pendiriannya?” & “ siapakah yang tersalah ?” . Ada juga yang bertanya “ bagaimanakah cara menghindari kesan-kesan negatif ahkibat wujudnya kepelbagaian-kepelbagaian dakwah kini ? …. ….. …… ……. …..
InsyaAllah disini secara ringkas dan padat , pena cuba mengemukakan beberapa pendapat daripada ulama’-ulama’ Fiqh & dakwah terhadap kepelbagaian dakwah atau menurut panggilannya yang masyhur di Malaysia sebagai “Ta’addut Jama’ah” -kepelbagaian jamaah, selebihnya pena memberi pilihan kepada pembaca memilih diantara Pro atau Contranya kerana ia hanya merupakan “pendapat” yang boleh diterima dan ditolak atau yang boleh dibincang, dikaji dan dikritik sepertimana, pendapat-pendapat ijtihadi daripada para Fuqaha’ terhadap hukum-hakam fiqh Islami.
Diantara ulama’ dakwah seperti Al-ustaz Ad-Daie Dr Fathy Yakan , Dr Soleh Fauzan , Syeikh Bakr Abu Zaid dan lain-lain berpendapat bahawa kepelbagaian dakwah atau kepelbagaian jamaah merupakan suasana, atau keadaan yang tidak sihat dimedan dakwah kini disamping menolak dan tidak bersetuju dengannya. Disini beberapa dalil-dalil yang dikemukakan oleh mereka yang terbahagi daripada nas-nas Al-quran (naqli) dan dalil akal (aqli) :

Ayat-ayat yang menerangkan tentang kesatuan Ummah Islamiyyah ,
Firman Allah SWT :
إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون
Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu,dan Aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku.
( Al-Mukminun :52)

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
.Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.
( Al-anbiya’ :92)

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقو ......
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai -berai……..
( Al-Imran : 103)

Dr Fathy Yakan berkata : “ Sesungguhnya tidak syak lagi bahawa asal pada syariah Islamiyyah adalah kesatuan muslimin , kesatuan amal Islami ,dan kesatuan saf-saf muslimin , bukanlah kepelbagaian, dan perpecahan , kesatuan di iktibarkan sebagai kefarduan syariah ……. ( Majalah Al-Mujtama’ Kuwait ) dan beberapa lagi kitab ust Dr Fathy Yakan yang menerangkan tentang kepentingan kesatuan dan menolak kepelbagaian jamaah seperti didalam kitab “ Tasawwur Asasi Gerakan Islam “ – Terjemahan dewan pustaka fajar – dan lain2 . Ada juga beberapa ulama mengatakan bahawa kepelbagaian dakwah dan kepelbagaian jamaah , kesan buruknya lebih banyak daripada baiknya, serta ia membawa kepada perpecahan , perselisihan dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat seperti tidak mengetahui jamaah manakah yang betul dan salah. Ada juga yang berpendapat bahawa kepelbagaian dan banyaknya jamaah merupakan seruan musuh Islam bagi memecah-belahkan ummat Islam.

Kajian serta perbincangan dalil-dalil di atas :

Dalam perbincangan terhadap dalil-dalil diatas pena akan mengemukakan secara terus jawapan-jawapan bagi persoalan penolakan kepelbagaian dakwah dan jamaah daripada ulama-ulama yang menolaknya serta mengemukakan pandangan ulama-ulama yang menyokong beserta dalil-dalil mereka .

Dalil daripada nas-nas Al-quran yang menerangkan tentang kesatuan ummah Islamiyyah serta melarang daripada perselisihan dan perpecahan membawa kepada maksud perselisihan dalam beragama , yaitu perselisihan pada hukum-hukum usul dan dalil-dalil qat’ei seperti akidah,& lain-lain tidak membawa kepada maksud larangan kepelbagaian dakwah dan jamaah serta larangan daripada kepelbagaian uslub dan pendekatan-pendekatan. Sepertimana yang diketahui oleh pembaca , bahawa jamaah-jamaah Islam yang wujud di Malaysia secara khususnya tidak terkeluar akidahnya daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mempunyai objektif yang sama yaitu berdakwah kepada Islam menurut pendekatan serta uslub-uslub (method) tersendiri yang tidak terkeluar daripada syariat Islam.

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون
Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu,dan Aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku.
( Al-Mukminun :52)

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
.Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah Aku.
( Al-anbiya’ :92)

Golongan yang menolak kepelbagaian dakwah dan jamaah menggunakan dalil-dalil diatas disamping mereka melupakan dalil-dalil yang menerangkan tentang kepelbagaian .

.... لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا
tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan-aturan dan jalan-jalan yang terang.
(Al-Maidah :48)

Disini, para ulama menerangkan kepada kepentingan menggabungkan diantara nas-nas diatas supaya tidak menimbulkan kekeliruan yang mengatakan nas-nas tersebut bertentangan diantara satu sama-lain .
Secara ringkasnya daripada tafsir Imam Al-Khozin : “ Nas-nas yang menerangkan tentang kesatuan umat Islam membawa kepada maksud kesatuan dari segi usul syariah, perkara-perkara yang thabit Qat’ei yang tidak boleh berselisih pendapat, dan berijtihad padanya …yg secara minimanya menerangkan tentang kesatuan umat Islam secara umumnya, dan setiap perkara yang terkeluar daripada perkara-perkara ini merupakan telah terkeluar daripada Islam, kerana agama Islam itu satu , tidak berbagai …..” ( Tafsir Khozin)

Persoalan : Adakah disana mempunyai perbezaan atau makna yang bertentangan diantara kesatuan dan kepelbagaian dalam Islam ?.......

Jawapan: Kesatuan tidaklah bertentangan dengan kepelbagaian , ini kerana ,kepelbagaian ,bermaksud kepelbagaian dalam lingkungan yang satu (aqidah & tawabit qat’ie) , sepertimana akar pokok, akar yang satu , tetapi mempunyai dahan-dahan, daun-daun serta buah-buah yang berbagai .

Bagi yang mengatakan bahawa kepelbagaian dakwah & jamaah kesan buruknya lebih banyak daripada kesan baiknya merupakan ijtihad dan pendapat bagi tuannya, tidak membawa kepada kata putus. Natijah yang dapat dilihat ialah berapa ramaikah daripada aktivis-aktivis yang tergelincir daripada aktivis-aktivis yang tetap disamping kita melihat banyak kesan-kesan positif daripada kepelbagaian dakwah dan jamaah.

Bagi pendapat yang menolak kepelbagaian dakwah & jamaah kerana membawa kepada kekeliruan pada masyarakat seperti tidak mengetahui jamaah manakah yang betul dan salah adalah satu hukum yang tidak lurus, kerana seorang muslim tidak diminta menghukum terhadap jamaah-jamaah tersebut, dan apa yang menjadi kewajipan baginya ialah berusaha dalam beramal , berdakwah kepada Allah mengikut kemampuannya, serta memilih siapa atau apa-apa jamaah yang diyakininya dari aspek pendekatan atau uslub-uslub untuk tindakan bersama (Jama’ie) .

Bagi pendapat yang mengatakan kepelbagaian dakwah & jamaah merupakan seruan daripada musuh Islam , tidak boleh dijadikan dalil untuk menolak serta melarang kepelbagaian dakwah & jamaah. Ini kerana musuh-musuh Islam bertindak pada titik-titik kelemahan aktivis dalam berinteraksi dengan kepelbagaian dakwah & jamaah dengan menghamburkan racun-racun fitnah , seperti taasub pada jamaah, dan individu , serta menukarkan perselisihan pendapat ( Khilaf) kepada perpecahan .Disamping kita melihat mereka sendiri (musuh-musuh Islam) menjadikan kepelbagaian sebagai usul dan uslub daripada uslub-uslub mereka dalam sistem demokrasi.

Al-Ustaz As-Syeikh Muhammd Qutb mengatakan dalam kitabnya “Al-Muslimun wal U’ulamah” : “ Agama Islam adalah agama Allah, yang mengiktiraf berbagai-bagai pendapat (ikhtilaf) sepertimana keadaan kini, Allah menfardukan pada ciptaan-Nya menurut hikmah yang dikehendaki-Nya :
Firman Allah SWT :


ولو شاء ربك لجعلهم أمة واحدة ، ولا يزالوا مختلفين ، إلا من رحم ربك ، لذلك خلقهم .....
Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh tuhan-mu , Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka.
(Huud: 118-119)

Juga sepertima beliau menjelaskan tentang makna Tajarrud dalam kitabnya “Makanah At-tarbiyyah Fi Amal Islamy” beliau mengatakan : “ Tidaklah aku maksudkan disini ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang wujud kini dimedan-medan dakwah, kerana ikhtilaf pada dzaatnya tidaklah merupakan satu keaiban, dan juga bukan merupakan satu perkara yang membahayakan . Para Sahabat RA pernah berselisih pendapat diantara mereka , tetapi mereka tidaklah berpecah-belah ketika berselisih pendapat …..yang menjadi masalah pada medan amal Islami kini tidaklah pada perbezaan pendapat dan pandangan tetapi permusuhan, persengketaan dan perpecahan ……”

Sepertimana kata-kata Al-Imam As-Syahid Hasan Al-banna dalam Majmuah Rasail-nya dalam bab “Risalah Muktamar ke-5” bertajuk- Ciri-ciri dakwah Ikhwan -
1) Menjahui Perkara-Perkara yang Menjadi Perselisihan : “ Sebenarnya tidak salah berbeza pendapat , tetapi yang salah ialah terlalu fanatic (taasub) dengan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan fikiran dan pendapat orang lain. Jika sikap ini diamalkan dalam soal perbezaan pendapat, ia sudah tentu akan mampu menyatukan hati-hati yang retak .Apatah lagi untuk menyatukan mereka dalam satu gagasan”

As-Syeikh Dr Taufiq Al-Wa’ie mengatakan dalam kitabnya “Al-amal Jamaie” dalam tajuk : “Adakah wujud pada agama Islam arus-arus (kepelbagaian) yang berbeza-beza?” beliau mengatakan : “ Sesungguhnya Islam sepertimana yang kita ketahui merupakan agama yang jelas dari segi usul dan objektifnya (Ghayah) dan tidak boleh diperselisihkan diantara dua orang muslim , tetapi disana mempunyai ijtihad-ijtihad yang benar dan pelbagai daripada nash-nash , sepertimana disana mempunyai pelbagai cara dan uslub untuk mengislah dunia dan muslimin dalam lingkungan yang halal , yang telah diwakilkan kepada kita daripada Rasulullah SAW bersabda:

أنتم أعلم بشؤون دنياكم
Kamu lebih mengetahui urusan dunia-mu
(Riwayat Muslim)
Dalam lingkungan yang ditetapkan Islam serta tidak bertentangan dengan nash-nash. Pandangan kepada sesuatu perkara serta menghukum sesuatu perkara berbeza diantara peribadi-peribadi, sepetimana berbezanya corak pemikiran diantara mereka ……”

Ikhwah & akhawat aktivis sekalian,

Apabila kita melihat kepada tabiat kejadian alam , kita akan mendapati semuanya terdiri daripada kepelbagaian, sekiranya seseorang melihat kepada makluk-makluk didunia ini akan mendapati kepelbagaian dan berjenis-jenis, bahkan akan terdetik dihatinya merasakan bahawa kepelbagaian merupakan penyempurna bagi makhluk-makluk yang serba kekurangan ,juga boleh diumpamakan seperti kepelbagaian makanan dan minuman yang tidak dapat dihitung kepelbagaiannya, manusia bebas memilih mengikut kehendaknya dan apa yang sesuai padanya. Mengikut keadaan yang meliputinya, dari aspek yang lainnya makanan pagi tidaklah sama dengan makanan pada waktu malam , sepertimana makanan pada musim atau ditempat yang sejuk berbeza pada musim atau tempat yang panas.
Disana terdapat banyak lagi dalil-dalil yang berguna daripada ulama’-ulama’ fiqh & dakwah kontemporari seperti Al-Alamah Syiekh Dr Yusouf Qhardawi , Dr Taufiq Wa’ie, Al-Ustaz Syeikh Muhammad Qutb, Dr Muhammad Abu Fath Al-Bayanuni,Dr Solah As-Sowiy dan lain-lain lagi yang bersetuju dan menyokong kepelbagaian dakwah dan jamaah yang saling tolong-menolong,serta lengkap-melengkapi di antara mereka disamping menjaga adab-adab dalam perbezaan pendapat dan jauh sekali daripada perpecahan yang menghasilkan kerugian pada amal Islami.
Kesimpulan daripada perbahasan yang serba ringkas ini, pena ingin menegaskan bahawa kepelbagaian merupakan sunnah (tabiat) alam pada sekalian makhluk, dan kepelbagaian ini merangkumi pada setiap aspek kehidupan manusia yang diantaranya ialah kepelbagaian uslub-uslub (method) dan pendekatan dalam berdakwah. Agama merupakan asal usul aqidah Islamiyyah tidak berbeza dan berbagai. Kebenaran ( Al-haq) dinisbatkan kepada Allah SWT merupakan kebenaran yang satu dan tidak berbagai. Namun pandangan Al-haq (kebenaran) apabila dinisbatkan kepada para mujtahidin dan manusia umum adalah berbeza dan pelbagai (betul/salah).
Bagi golongan-golongan yang tidak menyokong kepelbagaian dakwah & jamaah, mereka mempunyai pendapat, pandangan ,serta dalil-dalil ijtihadi tersendiri. Namun bagi pandangan pena, pandangan serta dalil-dalil mereka marjuh dan tidak jelas .Bagi golongan-golongan yang bersetuju dan menyokong kepelbagaian dakwah & jamaah pula mempunyai pandangan,pendapat serta dalil-dalil mereka tersendiri, dan bagi pandangan pena pendapat ,serta dalil-dalil mereka lebih rojih , jelas dan bersesuaian dengan keadaan semasa yang menunjukkan kepada sifat-sifat yang positif ,optimis dan dinamik .

Wahai jamaah-jamaah Islam, saling melengkapilah diantara satu sama lain atau tidak akan tertegak Syariah Islamiyyah didunia ini. ….. …!!!!!!!!

Wallahu A’alam Bissowab ……..

Rujukan Asas:
· مجموعة رسائل الإمام الشهيد حسن البنا
· العمل الجماعي (د.توفيق الواعي )
· المسلمون والعولمة ( الشيخ محمد قطب)
· مكانة التربية في العمل الإسلامي ( الشيخ محمد قطب)
· أبجديات التصور الحركي الإسلامى (د.فتحي يكن )
· الثوابت والمتغيرات في العمل الإسلامى المعاصر (د.صلاح صاوى )
· التعددية الدعوية دراسة منهجية شاملة (د.معاذ بن محمد أبو فتح البيانوني )



Read more...