Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Integrasi Tarbawi

Integrasi Tarbawi

Friday, 10 June 2011

Mata hanya dua, Pandangan pula...?


ANTARA kelebihan sesetengah pendakwah ialah pengalaman. Pengalaman itu datang dari jalan dakwah yang panjang.


Namun begitu terjadi satu masalah. Terlalu lama menjadi pendakwah, terlupa menjadi mad'u.


Ayat yang pelik?


Apabila kita mahu berdakwah kepada kanak-kanak, kita terlupa untuk menjadi kanak-kanak, membaca fikiran kanak-kanak, MELIHAT dari mata kanak-kanak itu. Yalah, sudah LAMA menjadi orang besar: "kau budak-budak apa yang kau tahu"?


Nabi sallAllahu'alayhi wasallam pernah bersembang dengan seorang kanak-kanak mengenai burung peliharaannya, seolah suatu isu penting. Sebenarnya memang satu isu yang penting: Menaikkan harga diri kanak-kanak itu!


Nabi juga meminta izin kanak-kanak dalam haknya.


Siapa kanak-kanak dibandingkan dengan pendakwah yang mendapat direct orders from God?


Umar radhiyAllahu'anhu pernah bermain dengan kanak-kanak sehingga datang seorang mukmin ingin berjumpa khalifah mukminin, lalu dia malu. Umar berkata, "..bersama kanak-kanak, jadilah kanak-kanak.." Tiada yang perlu dimalukan.


al-Baitul Muslim. Atau rumah yang muslim. Rumah yang bersifat muslim dibina atas dasar dakwah. Sungguh mulia. Namun jangan sampai melahirkan anak-anak yang tidak pandai melihat dari mata seorang yang bukan dari al-Baitul Muslim. Dari keluarga fasad yang bertaubat. Keluarga Biasa.


Kita sering mendengar ungkapan, "pendakwah memandang dengan mata yang penuh rahmat, bukan mata meninggi diri." Benar.


Namun kita juga harus - sebelum berdakwah - menjadi mad'u itu dahulu, melihat dari mata dia, agar kita faham apakah penghalang untuk 'kita' menerima dakwah 'kita' yang 'kita' rasakan cukup syarat dan hujah beserta dalil.


Sesetengah kita pakar IT, berdakwah melalui internet, blog, laman sosial Buku Muka, namun jangan lupakan wadah-wadah lain, menurut kajian, peratus rakyat Malaysia yang menggunakan internet tidak sampai separuh!


Telefon tangan juga mudah, e mel masih ada, jangan lupakan yang mudah-mudah ini untuk yang lebih mudah. Lebih mudah, ambil mudah.


Ustaz Hasrizal pernah mengingatkan 'syabab FB' agar tidak hanya cukup mengundang majlis perkahwinan yang Maha Penting itu hanya dengan jeritan di dinding Buku Muka. Tidak cukup dan tidak beradat. Bukan semua orang tengok. Apatah lagi kalau jumlah kawan berpuluh-puluh ribu, status untuk 'Villa Ladang' sahaja ambil masa 3 hari nak baca semua.


Ingatan untuk diriku.

Read more...